Ikhtiar Dari Kerajaan Johor

Kerajaan negeri Johor sedang mencari inisiatif bagi menyediakan rumah mampu milik untuk golongan yang berpendapatan RM 8,000 hingga RM 15,000. Hal ini kerana terdapat ramai antara kalangan mereka yang masih tidak memiliki rumah sendiri.

johor

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Md Jais Sarday berkata pihaknya turut menerima permintaan pemaju supaya kerajaan negeri membuat inisiatif dengan menyediakan rumah berharga RM 200,000 dan RM 400,000 untuk dibeli oleh golongan berkenaan.

“Kerajaan negeri sedang memikirkan dan mencari jalan untuk menyelesaikan soal mereka memandangkan mereka ini tidak layak untuk memohon rumah kos rendah dan berpendapatan hanya RM 8,000 hingga RM 15,000” katanya.

Pada masa yang sama, kerajaan negeri sedang menyiapkan garis panduan berhubung penyediaan rumah itu dan bercadang untuk mengumumkan inisiatif tersebut pada pembentangan Bajet Johor 2018 yang dijangka pada bulan November ini.

Sumber : mfasuria

Beliau berkata demikian selepas majlis penyerahan kunci Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) dan Kedai Kos Sederhana Rendah di Taman Pasir Putih, Pasir Gudang, di sini.

RMJJ Taman Pasir Putih melibatkan 184 unit kediaman 2 tingkat yang berharga RM 150,000 seunit manakala kedai kos sederhana rendah pula melibatkan 108 unit kedai satu tingkat berharga RM 212,000 seunit.

johor
Sumber foto : BERNAMA

Pembangunan yang dilancarkan Oktober 2014 tersebut merupakan projek RMMJ pertama Sime Darby Property dan siap sepenuhnya pada September lepas.

Teruskan layari Deenamik.com dan like FB page Deenamik untuk dapatkan info-infor terkini serta isu-isu viral dari dalam dan luar negara.


Layari Daulah Online Bookstore, Kedai Buku Online Yang Menawarkan Buku-buku Bestseller Idaman Anda Dengan Harga Termurah Di Malaysia!
Daulah.com

Sumber:

Malaysian Digest.com

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here