Safiq Hilang Sabar

Pertembungan antara pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) dengan Kedah pada aksi final Piala Malaysia malam Sabtu lalu sedikit dicemari dengan kata-kata kesat yang dikeluarkan oleh Safiq Rahim ketika meraikan kejayaan JDT merangkul piala itu.

Malah, tindakan Safiq Rahim melepaskan geram kepada pengkritik dan pihak yang tidak berpuas hati dengan keghairahan JDT untuk memenangi perlawanan boleh dilihat sebagai respon ‘balas dendam’ beliau terhadap pihak-pihak tersebut.

JDT rangkul Piala Malaysia 2017

Meskipun ada pihak mengatakan tindakan Safiq sebagai biadap dan tidak profesional kerana mengeluarkan kata-kata kesat kepada penyokong, namun ia tidak adil untuk menyalahkan pemain yang juga kapten pasukan kebangsaan itu kalau ia tidak datang daripada ‘haters’.

safiq rahim
Sumber foto : JDT

Tindakan Safiq yang tidak dapat mengawal kemarahannya itu pasti ada sebabnya, dan ia mungkin berpunca daripada sikap segelintir ‘haters’. Antara isu utama yang dimainkan dalam kalangan penyokong lawan sepanjang perlawanan membabitkan kedua-dua pasukan itu adalah ‘bangsa Johor’ dan ‘Johor sebagai negara luar’.

BACA JUGA :   Pasukan JDT Bakal Menentang Ukraine Dalam Aksi Persahabatan Kelas A

Provokasi Terhadap Johor

Jenaka mengenai ‘Johor mahu keluar Malaysia’, ‘Johor bukan sebahagian Malaysia’, dan ‘sokong Kedah kerana pasukan itu dari Malaysia’ juga kerap diprovokasikan di media sosial sehingga mencetuskan perasaan kurang senang.

safiq rahim

safiq rahim

Provokasi sebegini tidak seharusnya ditimbulkan dalam saingan berprestij seperti Piala Malaysia, kerana ia seolah-olah menyeru penyokong bola sepak untuk hanya menyokong Kedah, dengan alasan kononnya Johor bukanlah sebahagian daripada Malaysia.

Dapat dilihat, perlawanan Johor menentang Kedah Sabtu lalu telah digunakan untuk menyebarkan sentimen kebencian itu sehingga memungkinkan Safiq melepaskan geramnya terhadap pengkritik.

Safiq sudah pasti sedar bahawa beliau tidak perlu melayan cemuhan yang dilemparkan pengkritik, namun jika ia sudah melampaui batas, siapa yang boleh bersabar?

BACA JUGA :   Ini Sebab Kenapa Muhyiddin Tolak Tawaran Jadi MB Johor

Mencetuskan provokasi dalam perlawanan mungkin perkara biasa, namun mewujudkan pengaruh kebencian terhadap satu-satu pasukan juga adalah tidak wajar.

Di Mana Semangat Kesukanan ?

Justeru, semangat kesukanan dan bersatu dalam memberikan sokongan terhadap mana-mana perlawanan tanpa mengira pasukan haruslah sentiasa ditanam.

Namun, apa pun sebab yang mencetuskan kemarahan Safiq, insiden sedemikian perlu dielakkan daripada berlaku di masa hadapan. Sukan bola sepak sepatutnya lebih menyatukan kita, bukannya menambahkan kebencian.

Teruskan layari Deenamik.com dan like FB page Deenamik untuk dapatkan info-info terkini serta isu-isu viral dari dalam dan luar negara.


Layari Daulah Online Bookstore, Kedai Buku Online Yang Menawarkan Buku-Buku Bestseller Idaman Anda Dengan Harga Termurah Di Malaysia!
Daulah.com

Kredit : Artikel ini dipetik dan diolah daripada Malaysian Digest

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here