Malaysia Airlines Bhd Tuntut Pampasan Daripada Peter Bellew

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Malaysia Airlines Bhd (MAB), Peter Bellew perlu membayar pampasan bersamaan empat bulan gaji kepada syarikat penerbangan itu berikutan gara-gara kegagalan beliau mematuhi syarat notis peletakan jawatan.

Malaysia Airlines
Peter Bellew. Bekas CEO MAB

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Johari Abdul Ghani berkata, Bellew gagal mematuhi syarat di mana beliau perlu menyerahkan notis perletakan jawatan sekurang-kurangnya enam bulan jika mahu mengundur diri.

Sebaliknya bekas CEO Malaysia Airlines Bhd itu hanya menyerahkan notis bertempoh dua bulan sahaja bagi peletakan jawatan CEO baru-baru ini.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Johari Abdul Ghani

Secara terperince, beliau telah meletakkan jawatan dan memberikan notis kurang empat bulan mengikut perjanjian perlantikan sebelum meletak jawatan.

BACA JUGA :   Harimau Malaya Antara Yang Terendah Dalam Carta FIFA?

Justeru, perletakan jawatan Bellew diterima namun beliau perlu membayar pampasan kepada MAB dengan bayaran berjumlah empat bulan gaji.

Malaysia Airlines

Walaubagaimanapun, Datuk Johari tidak mendedahkan jumlah pampasan yang perlu dibayar oleh Bellew kepada syarikat penerbangan tersebut.

Bellew telah meletak jawatan sebagai CEO Malaysia Airlines Bhd pada bulan Oktober lepas. Sehubungan dengan itu Malaysia Airlines Bhd telah menamakan Kapten Izham Ismail sebagai Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (GCEO) yang baharu berkuat kuasa 1 Disember 2017 nanti.

Malaysia Airlines
Kapten Izham Ismail

Menurut MAB, pelantikan Kapten Izham adalah sejajar dengan rancangan penggantian kepimpinan dalam pelan pemulihan Malaysia Airlines.

Kapten Izham mempunyai pengalaman selama 38 tahun dalam bidang penerbangan dan memulakan kerjayanya sebagai juruterbang di Malaysia Airlines pada tahun 1979.

BACA JUGA :   Malaysia Jadi Juara Pertandingan Piala Pastri Dunia 2019

Malaysia Airlines

Semoga pelantikan Kapten Izham sebagai peneraju MAB akan dapat membawa halatuju syarikat penerbangan nasional ini ke arah yang lebih gemilang.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Layari Daulah Online Bookstore, Kedai Buku Online Yang Menawarkan Buku-Buku Bestseller Idaman Anda Dengan Harga Termurah Di Malaysia!

Kredit : Artikel ini dipetik dan diolah daripada Antarapos

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here