Isu tanah sering kali menjadi bualan jika dikaitkan dengan bidang pertanian. Lebih-lebih lagi jika ianya melibatkan kos atau perancangan dalam jangka masa yang panjang. Pada bulan Ogos yang lepas, kerajaan negeri Pahang telah mengambil tindakan ke atas pekebun durian yang dikatakan telah mengusahakan kebun durian secara haram.

Kerajaan negeri telah mengeluarkan notis pengosongan tanah kepada perusahaan kebun tersebut. Perusahaan terbabit juga telah didakwa kerana kebun durian yang diusahakan telah menyebabkan kerugian kepada kerajaan negeri. Perkara ini dikatakan kerana kebun tersebut telah membuatkan pencemaran air berlaku di kawasan sekitarnya.

Bertitik tolak dari kejadian itu, 204 pekebun durian Musang King Raub telah membuat permohonan kepada Mahkamah Tinggi Kuantan. Inti permohonan terbabit adalah untuk mendapatkan semakan kehakiman ke atas notis pengosongan tanah yang dikeluarkan oleh kerajaan negeri Pahang.

BACA JUGA :   Lata Meraung, Pahang- Syurga Terpencil Buat Pencinta Alam

Mahkamah Tinggi Kuantan menolak permohonan yang dibuat. Hakim berpendapatan bahawa pihak pekebun adalah penceroboh dan mereka tidak mempunyai hak untuk melakukan sebarang permohonan semakan.

Namun, baru-baru ini telah keluar kenyataan bahawa pihak mahkamah membenarkan supaya pengosongan tanah tersebut ditangguhkan. Notis tersebut ditangguhkan sehingga rayuan daripada pekebun tersebut selesai.

Responden yang terlibat adalah Pentadbir Tanah Daerah Raub, Pengarah Perhutanan Pahang, pihak berkuasa negeri, kerajaan negeri Pahang, Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Pahang (PKPP) dan Royal Pahang Durian Resources PKPP Sdn Bhd.

Pemohon juga mahu mendapatkan kebenaran semakan kehakiman terhadap keputusan kerajaan negeri yang didakwa telah memberikan pajakan dan hak penggunaan tanah kebun itu kepada syarikat Royal Pahang Durian Resources PKPP Sdn Bhd.

BACA JUGA :   Bau Durian Disangka Gas Bocor, Ratusan Orang Awam Lari Kosongkan Bangunan

Meskipun terdapat isu berkaitan kebun durian Musang King, perkara ini tidak sekali pun memberikan kesan kepada pengeluaran jenis raja buah yang diminati ramai itu.

Sumber : Metro

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here