Wow, siapa sangka sebuah nombor plat kenderaan boleh mencecah beratus-ratus ribu ringgit!

Sejak 30 October 2017 yang lalu, nombor plat yang bermula dengan PNG telah mula dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)  Pulau Pinang untuk dibida oleh orang ramai. Sehingga ke hari ini, nombor pendaftaran “PNG 1” itu sangat menjadi idaman ramai dan mendapat sebanyak 1,554 bidaan untuk memilikinya.

Seorang pembida membida nombor plat itu dengan harga tertinggi iaitu RM 350,000. Jikalau diikutkan, harga bidaan itu sahaja sudah cukup untuk membeli beberapa buah yang lain berbanding sebuah nombor plat.

Menurut laporan, pembida yang berjaya memiliki nombor PNG 1 itu adalah seorang CEO syarikat pembangunan hartanah.

BACA JUGA :   Belalai Air atau ‘Waterspout’ Telah 'Menyapu' Pulau Pinang

Menurut Ketua Unit Penguatkuasaan JPJ, Zulkarnain Yasin, jumlah bidaan terkumpul yang diterima untuk nonbor pendaftaran PNG adalah sebanyak RM 1.9 juta termasuklah 738 pembida yang berjaya.

Nombor Plat

“PNG 1 mencatatkan bidaan tertinggi di negeri itu, memotong rekod sebelumnya untuk PNB 1 yang dijual dengan harga RM 173,800. Para pemohhon boleh merujuk papan kenyataan JPJ untuk melihat senarai pembida yang berjaya bermula hari ini”, ujar beliau.

Selepas PNG 1, harga kedua termahal adalah PNG 5 (RM 95,000) dan ketiga termahal pula PNG 9 ( RM 91,500).

Nampaknya, rakyat Pulau Pinang sememangnya penuh dengan semangat patriotik terhadap negeri mereka. Mana tidaknya, mereka sanggup membelanjakan ratusan ribu ringgit untuk memiliki nombor plat yang bermula dengan PNG (bermaksud Pulau Pinang).

BACA JUGA :   Sebelum anda ke Turki jom kita lihat tempat makan "best" di sana !

Teruskan layari Deenamik.com dan like FB page Deenamik untuk dapatkan info-info terkini serta isu-isu viral dari dalam dan luar negara.

Berminat untuk iklan anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here