Bahaya Tak Cukup Tidur
Masyarakat hari ini sering memandang enteng kepentingan tidur yang cukup dalam kehidupan seharian. Ramai yang masih tidak sedar bahawa tidur adalah satu mekanisme yang mustahak kepada sistem fisiologi tubuh badan.
Tidur sangat penting untuk perkembangan otot, membaiki tisu-tisu yang rosak, menstabilkan hormon dan banyak lagi. Jika tidak mendapat tidur yang cukup, maka tahap kesihatan akan terjejas melalui pelbagai cara.
Menurut pakar psikologi dan ahli kesihatan, berikut adalah 5 tanda-tanda bahawa anda tidak mendapat tidur yang cukup:
Selesema dan Sakit Tekak
Sistem imunisasi badan akan menjadi lemah apabila badan tidak mendapat tidur yang diperlukan. Semasa sedang tidur, sistem imunisasi menghasilkan antibodi dan sel yang melawan pelbagai jangkitan. Ianya sangat berguna untuk menentang bakteria serta virus.
Jika tiada tidur yang cukup, sistem imunisasi sukar untuk membina semula segala sel-sel tersebut. Itulah punca anda mudah menghidap selesema dan sakit tekak.
Sukar Mendapatkan Zuriat
Bagi para lelaki, tidur yang tidak cukup mungkin akan menyebabkan kemandulan.
Sebuah kajian daripada University of Southern Denmark mendapati lelaki yang sering tidak cukup tidur menghasilkan jumlah sperma lebih sedikit berbanding mereka yang mendapat tidur secukupnya.
Harus diingat, masalah ini juga boleh melanda para wanita.
Tekanan Darah Tinggi
Individu yang tidak cukup tidur adalah lebih berisiko untuk menghidap tekanan darah tinggi, ataupun membahayakan lagi mereka yang sudah mempunyai penyakit tersebut.
Tidur membantu darah menstabilkan hormon stress dan membantu sistem saraf untuk kembali sihat. Apabila waktu tidur terganggu, ia akan mengganggu kebolehan badan untuk menstabilkan hormon stress. Justeru, perkara itu mendorong kepada penyakit darah tinggi.
Berat Badan Bertambah
Individu yang mempunyai waktu tidur kurang daripada 6 jam sehari adalah lebih berpotensi untuk mempunyai berat badan berlebihan.
Ini kerana hormon yang mengawal selera makan menjadi tidak stabil. Mereaka akan berasa cepat lapar dan mempunyai selera makan yang tinggi.
Kulit Muka Semakin Berjerawat & Kusam
Kesan tidur yang tidak cukup boleh diperhatikan memalui keadaan kulit muka anda. Apabila kurang tidur, badan mengeluarkan hormon cortisol dengan begitu banyak.
Hormon cortisol akan mengakibatkan kulit muka semakin berjerawat, berminyak dan kelihatan kusam. Pendek kata, ia memusnahkah molekul yang membuatkan kulit muka anda nampak cerah.
Semoga informasi ini dapat membantu anda menjaga kesihatan tubuh badan seharian.
Teruskan layari Deenamik.com dan like FB page Deenamik untuk dapatkan info-info terkini berkaitan kesihatan serta isu-isu viral dari dalam dan luar negara.
Kredit : Artikel ini dipetik dari The Asian Age
Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com