Terdapat dakwaan kematian seorang remaja lelaki berusia 16 tahun, M Anursalam yang tular dalam media social dipercayai dipukul oleh datuknya.
Hal ini kerana remaja itu dipercayai dipukul kerana mencuri wang milik datuknya. Pihak polis juga tidak menolak kemungkinan dakwaan tersebut.
Menurut Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Afzanizar Ahmad berkata kes itu adalah benar berdasarkan pengakuan lisan awal tiga suspek lelaki, berusia antara 32 dan 38 tahun. Ketiga-tiga suspek direman sejak 8 Dis lepas.
Tambahnya lagi “ketiga-tiga suspek mengaku terlibat memukul mangsa kerana dipercayai tidak berpuas hati dengan pelajar tersebut yang didakwa mencuri sejumlah wang milik datuknya”.
Ketiga-tiga suspek itu telah melakukan tindakan yang tidak sewajarnya dengan memukul pelajar itu.
Siasatan awal mendapati ketiga-tiga suspek dipercayai bertindak memukul remaja tersebut di sebuah bengkel di Krubong.
Tindakan yang dilakukan adalah untuk pengajaran, namun tidak menyangka ia bertukar menjadi tragedi. Sungguh tidak rasional sekali mereka ini!
Dipercayai dua individu mendakwa bahawa mereka menjumpai mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri di sebuah stesen bas di Ayer Keroh.
Ketua Polis Daerah Melaka itu berkata tempoh reman bagi suspek utama yang berusia 35 tahun baru sahaja berakhir 14 Dis lepas telah pun disambung selama tujuh hari hingga 21 Dis.
Manakala suspek kedua dan ketiga, masing-masing berumur 32 dan 38 tahun disambung reman hingga 22 Dis ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Pihak media sebelum ini melaporkan satu video klip tular sejak awal Disember ini.
Video itu memaparkan mangsa dari Tangkak, Johor dalam keadaan tidak berbaju, dipukul beberapa individu menggunakan getah paip.
Remaja yang didakwa itu ditemukan dalam keadaan cedera parah dan tidak sedarkan diri di sebuah perhentian bas di Ayer Keroh.
Kemudian, dikejarkan ke Hospital Melaka sebelum disahkan meninggal dunia selepas kira-kira 30 minit menerima bantuan pernafasan daripada pegawai perubatan.
Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.
Layari Daulah Online Bookstore, Kedai Buku Online Yang Menawarkan Buku-Buku Bestseller Idaman Anda Dengan Harga Termurah Di Malaysia!
Sumber:
Dipetik & diolah dari MD