Anda sebagai seorang pelajar, semestinya anda inginkan makanan yang murah kerana kekurangan bajet.
Di Kulim, sepasang suami isteri mengambil inisiatif menjual nasi bajet bagi membantu pelajar menikmati hidangan lazat pada harga murah.
Terkenal dengan gelaran Kedai Makcik Seringgit, Noor Haliza Mohd Hashim, 44, dan suaminya, Mohamad Rozi Ishak, 48, beroperasi sejak enam tahun lalu di Jalan Pondok Labu.
Tarikan utama adalah harganya iaitu nasi set bajet berharga serendah RM2 dan air hanya RM1 dan saya jual sebab kasihan kepada pelajar yang tak ada bajet besar untuk makan.
Bagi set nasi bajet, pelanggan boleh memilih beberapa jenis lauk seperti ikan sardin, telur goreng atau rebus, sosej atau kepingan daging dan sayuran.
Di kedai itu, pelanggan boleh pilih satu daripada lauk ini dan sayuran yang disukai dengan harga RM2.
Air pula, semua jenis air yang dibancuh termasuk Milo ais, teh ais, Horlicks ais dan ia hanya RM1 kecuali minuman yang di paket.
Kedai itu mula beroperasi pada 7 pagi sehingga 7 malam.
Waktu puncak pada tengah hari dan ketika ini pelajar paling ramai dan memang mereka akan pesan nasi bajet untuk makan tengah hari.
Selain itu, ramai pengunjung yang singgah ke kedainya untuk membeli air bungkus.
Kadang-kadang pelanggan memesan sehingga 20 bungkus air dan ada antaranya yang datang semata-mata mahu membeli air RM1.
Harga itu langsung tidak merugikan perniagaannya, malah menjadi tarikan ramai orang sehingga sentiasa dikunjungi setiap masa.
Katanya, perniagaannya tidak merugikannya. Jika ianya rugi, sudah lama dia tidak melakukannya. Sudah lama dia berniaga dan ramai orang datang.
Bab makan saya tak nak berkira sangat. Janji harga berpatutan dan ramai orang boleh makan sampai kenyang.
Sementara itu, pelajar kolej vokasional, Aiman Syafiq Iza Syarrizan,18, berkata nasi ekonomi yang dijual di kedai tersebut lebih murah dari kantin kolejnya.
“Memang selalu saya dan kawan makan di sini terutama waktu tengah hari. Makanan di sini sedap dan harga lebih murah,” katanya.
Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.
Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com
Dipetik dan diolah dari BeritaHarian
Gambar yang ditayangkan di header adalah gambar hiasan sahaja