Uber x Air Asia
Sumber foto : Lowyat.NET

UBER dan AirAsia kini sedang rancak menjalankan kerjasama bagi mewujudkan sistem pengangkutan menyeluruh yang mudah bagi penumpang yang gemar mengembara dan sering ulang-alik dari lapangan terbang.

Kerjasama tersebut bukan sahaja melibatkan penawaran diskaun melalui kod promo, malah juga menerusi jalinan pemasaran dan teknologi yang bakal diperkenalkan.

Langkah ini sememangnya dilihat sebagai satu langkah yang bijak bagi kedua-dua syarikat tersebut. Ini memudahkan para pengguna untuk pergi dan pulang dari lapangan terbang tanpa perlu bersusah payah menggunakan pengangkutan awam. Tambahan pula, mereka tidak perlu menunggu lama untuk pergi ke destinasi yang diingini.

uber

Menurut CEO AirAsia, Tony Fernandes berkata “AirAsia sememangnya giat berusaha untuk memberikan kemudahan penerbangan terbaik kepada penumpang, di dalam dan di luar kapal terbang sejajar dengan standard AirAsia. Dan kami merasakan jalinan kerjasama dengan UBER adalah sangat sesuai”.

BACA JUGA :   Rakyat Menjadi Penentu Kejayaan dalam Memerangi COVID-19
uber
CEO Air Asia, Tony Fernandes

Jaringan servis antara UBER dan AirAsia itu akan diperkenalkan di 52 bandar di seluruh kawasan Asia Pasifik dan Amerika yang mempunyai akses ke aplikasi UBER.

Lebih menarik lagi, AirAsia akan memperkenalkan satu sistem di mana penumpang UBER boleh memilih jadual perjalanan yang diingini ketika booking dan check-in untuk penerbangan mereka.

Melalui pendaftaran akaun UBER dan menggunakan kod promo “AIRASIA”, pengguna baru juga boleh menikmati perjalanan secara percuma ataupun dengan harga yang lebih murah.

uber

Pastinya kaki-kaki travel di luar sana akan tersenyum dengan servis terbaru ini.

Teruskan layari Deenamik.com dan like FB page Deenamik untuk dapatkan info-info terkini serta isu-isu viral dari dalam dan luar negara.

BACA JUGA :   Pasca COVID-19 dan Industri Pelancongan

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here