WhatsApp kini menjadi salah satu medium komunikasi utama untuk ramai orang di seluruh dunia termasuk untuk perkongsian gambar, document dan lain-lain lagi.

WhatsApp

Walaubagaimanapun, salah satu perkara yang kurang digemari adalah apabila gambar yang dikongsikan melalui WhatsApp melalui proses pemampatan, sekaligus menjadikan kualiti dan resolusi gambar sedikit dikurangkan. Hal ini bertujuan untuk perkongsian dengan pantas.

Perkara ini semestinya kurang digemari ramai pengguna, terutamanya sekiranya ingin menyimpan gambar yang dikongsikan gambar untuk kenangan masa hadapan.

WhatsApp

Untuk berkongsi gambar pada resolusi penuh, terdapat alternatif baru buat pengguna WhatsApp melalui perkongsian dokumen untuk berkongsi gambar pada resolusi penuh.

Untuk tujuan ini, kita akan menggunakan kelebihan berkongsi sebarang jenis format dokumen yang telah diperkenalkan oleh WhatsApp baru-baru ini, dan menggunakannya untuk menghantar gambar.

BACA JUGA :   Baru Habis Trial SPM? Ayuh Daftar Kemasukan Ke UIN SUSKA Riau Di Indonesia

WhatsApp

Bagi berkongsi gambar pada resolusi tinggi, anda hanya perlu tekan pada ikon perkongian (yang berbentuk klip), dan seterusnya memilih Document.

Seterusnya anda boleh memilih gambar yang dirakamkan daripada folder yang tersimpan gambar berkenaan dan berkongsi dengan rakan atau ahli kumpulan anda.

WhatsApp

Apa pun, salah satu kekurangan daripada kaedah ini adalah dimana ia berkongsi gambar dengan saiz penuh, membuatkan tiada paparan thumbnail yang diperlihatkan melalui tetingkap sembang, melainkan pengguna memuat-turun dan membuka fail berkenaan.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

BACA JUGA :   BAGAIMANA MENGATASI ANAK YANG KURANG BERKOMUNIKASI

Sumber: Amanz.com

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here