Panggilan “Mak Singa” Untuk Ibu Garang?
Semestinya anda pernah mendengar panggilan “mak singa” buat ibu-ibu yang mendidik anak-anak mereka dengan penuh ketegasan.
Meletakkan peraturan yang amat ketat, kasih sayang dan disiplin yang tinggi, semua ini dilakukan untuk membentuk anak-anak mereka bertujuan untuk kejayaan masa hadapan.
Amalan ini kebanyakkan diterapkan oleh warisan nenek moyang bangsa Cina dan masih diamalkan oleh kebanyakkan ibu-ibu di luar sana.
Pengajaran Luar Biasa Dari Si Ibu Kepada Anaknya!
Akan tetapi, seorang ibu ini menerapkan pengajaran di atas dengan cara lain dari yang lain.
Wanita ini menetap di China dan telah dilihat telah menyeret anaknya dengan menggunakan motosikal dan mengikat kedua-dua belah tangan anaknya.
Kejadian ini berlaku di Zhaotang, Yunnan Province dan video ini menjadi viral apabila dimuat turun di dalam sosial media di sana.
Menurut The Epoch Times, kejadian ini berlaku pada 17 Januari. Video yang berdurasi selama 10 minit ini telah dirakam oleh seorang penduduk di sana.
Apa Yang Terjadi?
Rakaman itu menunjukkan bahawa ibunya yang memakai pakaian yang berwarna hitam telah menyeret anaknya menggunakan sebuah skuter dengan mengikat kedua-dua belah tangan anaknya.
Anaknya menangis dengan sekuat hati kerana telah diperlakukan dengan sebegitu rupa.
Dikatakan bahawa menurut ibunya, anaknya tidak mendengar katanya dan dia ingin memberikan pengajaran kepadanya.
Komen Sesetengah Orang
Akan tetapi, terdapat beberapa komen yang mengatakan bahawa seorang ibu tiri pun tidak akan melakukan perkara sebegitu terhadap anak tirinya apatah lagi ibu kandung.
Perkara yang dilakukan oleh ibu tersebut dilihat tidak wajar dan mencederakan kanak-kanak tersebut.
Walaupun si ibu itu diarahkan untuk berhenti, dia tidak mengendahkan apa yang diperkatakan oleh orang ramai dan meneruskan perbuatannya.
Mengapa Si Ibu Melakukan Perkara Sebegitu?
Apabila kejadian itu menjadi tumpuan orang ramai, terdapat sebab mengapa si ibu berbuat begitu. Pihak polis di sana mengatakan bahawa seseorang telah melaporkan bahawa wangnya telah hilang sebanyak 2,000 yuan (RM1,225.49) pada 16 Januari.
Didedahkan bahawa kanak-kanak yang berumur 10 tahun tersebut yang telah diseret oleh ibunya mencuri wang tersebut.
Tidak pasti ke manakah wang yang telah digunakan oleh kanak-kanak tersebut itu disalurkan. Ibunya amat marah dengan perilaku anaknya dan kerana itulah dia memutuskan untuk menyeret anaknya.
Pendapat Saya
Menurut pendapat saya, perkara sebegitu tidak setimpal dengan apa yang dilakukan oleh si anak walaupun kesalahannya dikira amat besar sekali. Hal ini kerana perbuatan tersebut boleh menyebabkan kecederaan.
Saya rasa terdapat solusi yang lebih baik untuk menghukum anak tersebut. Moga kisah ini dijadikan pengajaran buat anda semua.
Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.
Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com