Marketing atau pemasaran merupakan salah satu aspek terpenting dalam dunia bisnes. Kaedah marketing yang bagus akan dapat menarik lebih ramai pelanggan dan sekali gus meningkatkan pendapatan sesebuah bisnes.

marketing

Namun, kita harus sedar bahawa trend marketing semakin rancak berubah. Kini, platform media sosial dan video memainkan peranan yang cukup besar dalam landskap marketing. Justeru, kegagalan memahami trend dan tingkah laku pengguna di atas talian akan mengakibatkan bisnes anda jauh ketinggalan.

Jadi, di sini kami senaraikan 4 perkara penting yang perlu anda tahu mengenai trend marketing terkini secara atas talian :

Live Video-Streaming

Facebook dan Instagram sudahpun melancarkan platform live-video streaming di laman mereka. Melalui fungsi live-video , anda boleh berhubung secara langsung dengan kenalan dan pengikut anda untuk pelbagai tujuan.

Facebook Live-video streaming

Secara psikologinya, manusia akan lebih tertarik untuk berinteraksi melalui video. Bayangkan anda sedang scroll Facebook dan anda terlihat video yang menarik, adakah anda akan menonton video tersebut sampai habis ? Jika ya, anda adalah salah seorang daripada jutaan manusia yang turut akan melakukan tindakan yang sama.

Pengasas Facebook iaitu Mark Zuckerberg telah mengumumkan bahawa Facebook akan mengurangkan status update page-page daripada muncul di laman tersebut. Sebaliknya, mana-mana pihak yang melakukan live-video akan diberi keutamaan untuk muncul paling atas di ruangan News Feed.

Justeru, anda harus manfaatkan sepenuhnya fungsi live-video ini untuk mempromosikan produk ataupun servis anda.

BACA JUGA :   20 Sen Dianggap Murah, Caj Beg Plastik Mungkin Dinaikkan Kepada 50 Sen

Individu Berpengaruh di Media Sosial

Menggunakan khidmat individu berpengaruh di media sosial untuk mempromosikan bisnes anda juga merupakan trend terkini dalam marketing.

Antara contoh individu yang terkenal di Instagram

Akan tetapi, anda perlulah mencari individu yang sesuai dan boleh diharapkan. Sebaiknya cari individu yang sering mengeluarkan post-post yang berkualiti dan bermanfaat. Jangan memilih individu yang mempunyai ratusan ribu pengikut di Instagram dan Twitter tetapi kurang berinteraksi dengan pengikut dan tidak boleh diharapkan.

Selalunya mereka sangat terbuka dengan tawaran untuk melakukan paid review dan juga post-post berbayar.

Content Marketing

Content marketing adalah satu kaedah yang efektif dalam memperkenalkan bisnes anda kepada prospek-prospek  di luar sana. Banyak objektif yang boleh dicapai melalui content marketing seperti brand awareness, SEO, lead generation dan sebagainya. Namun, ramai yang tidak sedar betapa besarnya impak content marketing dalam bisnes.

Blog syarikat Coca-Cola

Cara terbaik untuk memulakan content marketing adalah membuka sebuah ruangan blog berkenaan syarikat anda. Pastikan anda ataupun kakitangan yang dilantik menulis artikel-artikel berkaitan syarikat secara konsisten dan kongsikannya melalui saluran-saluran di media sosial. Apabila semakin ramai yang membaca, semakin besar peluang anda dapat menarik pengguna untuk melanggan servis/produk anda.

BACA JUGA :   Viral Lelaki Langgar Teman Wanita Dengan Motosikal

Melakukan content marketing tidak semestinya melalui artikel sahaja. Anda juga  boleh melakukannya dalam bentuk video. Hanya buka akaun di YouTube dan letakkan pautan blog anda itu di saluran YouTube setiap kali anda mengeluarkan video-video terbaru.

Ephemeral Content 

Mengapa Snapchat berupaya menjadi satu fenomena ? Kerana Snapchat mengeluarkan konsep di mana sebarang content yang dikeluarkan akan hilang dengan cepat apabila dimuatnaik. Konsep ini juga telah digunapakai oleh Instagram dalam melancarkan Instagram Stories.

Snapchat

Hakikatnya, fungsi content sebegini sangat berkesan untuk berinteraksi dengan para pengguna. Ianya memberikan anda ruang dan peluang untuk menjadi lebih kreatif dalam mempromosikan bisnes anda.

Jika anda tidak menggunakan fungsi Instagram Stories dengan semaksimum mungkin, anda telah kehilangan satu cabang dalam menarik pengguna-pengguna.

Instagram Stories

Semoga info-info ini akan sedikit sebanyak membantu anda dalam merancang strategi marketing dengan lebih baik dan efektif.

Teruskan layari Deenamik.com dan like FB page Deenamik untuk dapatkan info-info terkini serta isu-isu viral dari dalam dan luar negara.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here