Jika anda menerima friend request di Facebook daripada orang yang anda tidak kenali, pastikan anda memeriksa terlebih dahulu latar belakang akaun tersebut. Silap-silap, anda mungkin sedang diperangkap oleh sekumpulan penipu.

Di sini kami ingin kongsikan kisah benar yang berlaku kepada seorang wanita di Australia baru-baru ini. Harap semua dapat ambil pengajaran.

Loading...

Segalanya bermula apabila Martha mendapat friend request daripada seorang lelaki tidak dikenali. Tanpa memeriksa butiran lelaki itu terlebih dahulu, dia terus sahaja menerima permohonan itu dan mereka mula berkawan di Facebook.

Lelaki itu memperkenalkan dirinya sebagai Dr. Frank Harrison yang bekerja sebagai seorang pakar bedah ortopedik di Amerika. Martha percaya dengan apa yang diperkatakan setelah melihat gambar profil lelaki itu yang sebenarnya adalah gambar palsu.

Gambar sekadar hiasan

Beberapa bulan selepas itu, lelaki tersebut memberitahu Martha bahawa dia akan berpindah ke Australia dan membuka bisnes di sana. Mereka berdua kemudiannya bersetuju untuk berjumpa kerana sudah menjadi kawan di Facebook.

BACA JUGA :   Facebook Kini Haramkan Segala Iklan Yang Mempromosikan Cryptocurrency Dan Bitcoin

Lelaki itu kemudiannya membuat cerita palsu bahawa dia ditahan di lapangan terbang kerana membawa wang yang terlalu banyak iaitu $1.5 juta dan wangya dirampas oleh pihak kastam. Lalu dia meminta pertolongan Martha untuk membayar denda sebanyak $ 3,000 bagi mendapatkan kembali wang itu.

Martha pada mulanya tidak percaya. Namun, lelaki itu berpakat dengan seorang lagi rakan wanitanya yang menyamar sebagai anggota kastam. Rakannya itu berlakon sebagai seorang ahli kastam dan menghubungi Martha untuk meyakinkannya bahawa wang $ 1.5 juta itu akan dikembalikan selepas denda $ 3,000 dibayar.

Penipuan mereka tidak berakhir di situ. Mereka berterusan memberikan alasan yang memaksa Martha untuk membayar lebih banyak wang. Dalam tempoh enam bulan, Martha telah membuat 33 pembayaran dengan jumlah kira-kira $ 571,000.

BACA JUGA :   Lebih Banyak Syarikat Akan Sengsara Kerana Perubahan Algoritma Facebook ?

Martha mula menyedari dirinya sudah diperangkap namun semuanya telah terlambat.

Berhubung isu ini, pihak berkuasa menegaskan bahawa memang banyak komplot penipuan seperti ini berlaku di media sosial. Mereka terdiri daripada beberapa orang ahli yang sudah berpakat untuk memanipulasi emosi mangsa.

Sumber foto : The Telegraph

Justeru, diingatkan sekali lagi kepada anda semua untuk memeriksa butiran akaun orang yang menghantar friend request kepada anda  sebelum menerimanya. Satu lagi, anda haruslah berhati-hati dalam membantu orang yang anda tidak kenali. Berbuat baik itu tidak salah, tetapi jangan menjadi terlalu ‘lurus’.


Kunjungi Daulah Online Bookstore, Kedai Buku Online Yang Menawarkan Harga Buku Termurah Di Malaysia!
Daulah.com

Sumber :

Khaleej Times 

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here