Satu kebiasaan apabila seorang menerima hadiah berupa kereta mewah dan sebagainya. Tapi luar biasa bilamana Sultan Johor menerima satu replika Harley-Davidson daripada seorang pemimpin masyarakat India.
Satu replika yang sangat menarik perhatian, hadiah yang diberikan oleh S. Deva yang juga pemimpin india diterima baik oleh Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar. Memperlihatkan wajah Tuanku begitu ceria ketika sedang duduk di atas replika Harley-Davidson.

Hadiah itu diberikan adalah sebagai tanda penghargaan kepada Sultan Johor kerana telah menjaga masyarakat Johor tanpa mengira kaum dan agama, dan juga dari pelbagai sudut agar mereka dapat menikmati apa yang sepatutnya dirasai oleh masyarakatnya.
Replika Harley-Davidson itu dihasilkan oleh S. Deva bersama seorang lagi rakannya dari kumpulan Bergamo yang memiliki kemahiran selama 17 tahun dan pengalaman yang sungguh luar biasa dalam industri perkayuan.

Kebaikan seorang Sultan menyebabkan masyarakat tidak pernah melupakan segala jasa dan pengorbanan yang dilakukan untuk mereka. Tuanku menerima hadiah tersebut di Istana Pasir Pelangi Di Johor Bahru pada Rabu.
“Sudah menjadi impian saya untuk menyiapkan sebuah hadiah buat Sultan Johor, iaitu sebuah replika Harley-Davidson kerana Tuanku juga mempunyai koleksi peribadi motorsikal seperti ini,” ujar Deva.
Malah S. Deva juga menyatakan bahawa tuanku juga pernah membawanya untuk menyertai Kembara Mahkota Johor (KMJ) sejak lima tahun yang lalu.
Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.
Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com
sumber : mStar