Selepas JDT tumpas 0-1 kepada Kuala Lumpur dalam saingan Liga Super tempoh hari,  Ulisses Morais tidak menyalahkan pemainnya kerana gagal menjaringkan gol menentang Kuala Lumpur yang memperaga corak permainan bertahan.

Kuala Lumpur

Menurut pengendali kelahiran Portugal itu, pasukannya beraksi dengan corak permainan menyerang dan mencipta banyak peluang namun masih gagal merobek gawang skuad lawan.

Kuala Lumpur

“Kebiasaanya apabila telah mencipta banyak peluang, kita akan menjaringkan sekurang-kurangnya satu atau dua gol. Namun pada perlawanan kali ini, kita gagal membolosi gawang lawan” katanya.

Tambahnya lagi, “Jika anda tidak menjaringkan gol, pihak lawan akan menjaringkan gol. Itu kesilapan kita kerana Kuala Lumpur hanya ada dua atau tiga peluang tetapi mereka berjaya menjaringkan gol. Itulah yang akan terjadi sekiranya kita tidak memanfaatkan peluang sebaik mungkin”.

BACA JUGA :   Pasukan JDT Bakal Menentang Ukraine Dalam Aksi Persahabatan Kelas A

Kuala Lumpur

Kuala Lumpur meraih tiga mata selepas berjaya mempertahankan skor 1-0 ke atas juara Liga Super empat kali berturut-turut itu dalam perlawanan berlangsung selama 33 minit. Aksi berkenaan pada malam tadi terpaksa ditangguhkan pada minit ke-56 berikutan hujan lebat, keadaan padang yang becak dan air bertakung.

Pemain import Kuala Lumpur dari Brazil, Paulo Josue menyumbat masuk gol tunggal perlawanan pada minit ke-45, sekali gus menyaksikan skuad ‘City Hawk’ mencatat kemenangan pertama musim ini.

Kuala LumpurSejurus selepas itu, jurulatih Kuala Lumpur, Fabios Maciel berkata pasukannya berjaya menewaskan skuad Harimau Selatan setelah beliau menganalisa corak permainan dan  mengenal pasti beberapa kelemahan JDT.

“Pada dua perlawanan sebelum ini, kita menguasai permainan tetapi gagal menjaringkan gol. Hari ini, kita mempunyai lapan peluang terbaik dan membiarkan JDT mengawal permainan”,ujarnya.

BACA JUGA :   Luciano Figueroa Keluar Daripada Persaraan Untuk Sertai Semula JDT
Kuala Lumpur
Jurulatih Kuala Lumpur: Fabios Maciel

“Semalam selepas perlawanan Fabios Maciel pulang ke rumah, dua kali dia menyaksikan perlawanan itu. JDT sebuah pasukan yang hebat tetapi mereka juga mempunyai kelemahan. Jadi, dia kenal pasti kelemahan itu dan memanfaatkan kelemahan itu untuk menghalang mereka daripada menjaringkan gol.

Pada perlawanan seterusnya, JDT akan berdepan Melaka United di Larkin pada 24 Feb, manakala Kuala Lumpur bertemu PKNP FC di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang pada 25 Feb.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here