Tindakan diskriminasi keatas minyak sawit mengundang Sepanyol menyuarakan bantahan supaya tindakan tersebut dihentikan secepat mungkin. Hal ini kerana Sepanyol juga merupakan negara yang membuat import minyak sawit.

 

sawit
Datuk Seri Mah Siew Keong

Datuk Seri Mah Siew Keong yang juga Menteri perusahaan Perladangan dan Komoditi, memaklumkan perkara tersebut selepas menghadiri mesyuarat bilateral bersama kerajaan Sepanyol dalam rangka Misi Khas Rundingan Sawit Malaysia-Kesatuan Eropah (EU).

Mesyuarat bilateral diadakan bersama Setiausaha Negara Kementerian Tenaga, Danial Navia Simon, Setiasusaha Negara Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Maria Poncela Garcia dan wakil Kementerian Pertaniam, Perikanan dan Alam Sekitar, Jamie Haddad di Madrid, Sepanyol.

Dalam sidang mesyuarat itu berlangsung Siew Keong menyuarakan kebimbangan Malaysia terhadap Kesatuan Eropah (EU) yang mahu mengharamkan penggunaan minyak sawit daripada perundangan Arahan Tenaga Boleh Diperbaharui (RED) menjelang tahun 2021.

sawit
gambar hiasan

Tindakan tersebut ditentang habis-habisan oleh kerajaan Malaysia, kerana bimbang akan menjejaskan sejumlah besar pendapatan pengusaha kecil kebun sawit di Malaysia.

EU mahukan penggunaan minyak sayur-sayuran itu dibangunkan berbanding minyak sawit pada masa akan datang.

Menurut keterangan lanjut, Siew keong berkata, kerajaan Sepanyol tetap dengan pendirian untuk tidak bersetuju dengan keputusan mendiskriminasikan minyak sawit tersebut. Berikutan, ia bakal menjejaskan industri biodiesel di negara itu dan sememangnya tidak sejajar dengan undang-undang perdagangan bebas menurut Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO).

“Pastinya kos akan meningkat sekiranya terdapat bahan alternatif yang akan menggantikan bahan biodiesel tersebut dan Malaysia sangat memberi peluang kepada kerajaan Sepanyol untuk berhujah jika pengharaman ini menjadi perundangan EU.

“Sehubungan itu industry biodiesel di negara Sepanyol juga akan terjejas sekiranya peningkatan kos yang tinggi,” kata beliau.

28 buah negara EU, Sepanyol merupakan negara terbesar yang menggunakan bahan biodiesel dengan sebanyak 70 peratus dan negara itu juga adalah yang kedua terbesar mengimport minyak sawit selepas negara Belanda dengan nilai tahunan RM1 bilion.

Tambahan lagi, dalam kenyataan yang dibuat oleh Sepanyol yang mana mereka tidak akan membiarkan sebarang cadangan yang bertentangan dengan undang-undang WTO.

Dalam pertemuan lain Siew Keong dengan pengimport minyak sawit daripada negara Sepanyol itu, mereka akan berkerjasama dengan Malaysia untuk menentang sekeras-kerasnya tindakan resolusi parlimen EU.

Misi Rundingan Sawit Malaysia – EU akan diteruskan dengan siri perjumpaan bersama wakil-wakil kerajaan dan serta Komisioner EU di Belgium, United Kingdom (UK), Jerman, Poland dan Itali.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here