Pihak Polis memohon kepada orang ramai terutamanya pengguna jalan raya yang bercuti di Cameron Higlands pada musim cuti Perayaan Tahun Baharu Cina ini supaya tidak meletakkan kenderaan di kawasan larangan, terutama di bahu jalan bagi mengelak kesesakan teruk sempena Tahun Baharu Cina, pada Jumaat dan Sabtu ini.
Menurut Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, Deputi Superintendan Hasadid A.Hamid, berkata ia berikutan pusat percutian itu dijangka mengalami peningkatan berganda kenderaan yang mengakibatkan jalan raya padat dan sesak di kawasan berkenaan.
Antara lokasi dijangka mengalami kesesakan adalah di sekitar kawasan Kea Farm, Brinchang dan Tanah Rata yang merupakan kawasan tumpuan pelancong serta berhampiran jalan utama.
Berikutan hal ini, Penunggang atau pemandu dinasihatkan sentiasa berhemah dan berwaspada, memerhatikan dengan cermat pengguna jalan raya lain serta tidak menjadi punca berlakunya kesesakan dan mengelak kemungkinan terlibat kemalangan.
Ketua Polis Daerah Cameron Highlands berkata, “pengguna jalan raya juga dinasihatkan mematuhi had laju yang dibenarkan dan tidak memotong barisan. Polis akan menjalankan penguatkuasaan sepenuhnya dan toleransi sifar atas kesalahan ini,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Tambah beliau, “bagi penunggang motosikal yang berkonvoi perlu mengikut undang-undang dan tiada perkhidmatan ‘marshall’ dibenarkan bagi tujuan iringan atau menahan kereta. Pengunjung yang pertama kali ke Cameron Highlands supaya peka dengan papan isyarat lalu lintas di sekitar pekan Brinchang. Laluan berkenaan dijadikan laluan sehala bagi melancarkan lagi pergerakan kenderaan”.
beliau berharap pelancong mahupun orang tempatan diminta mematuhi laluan sehala berkenaan dan tidak memandu atau menunggang melawan arus untuk mengelak risiko berlaku kemalangan.
Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.
Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com
Sumber: BERNAMA