Pasukan digeruni dalam Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester City dikejutkan dengan kekalahan dalam perlawanan piala FA menentang Wigan. Keputusan akhir Man.C 0-1 Wigan, jaringan berjaya disempurnakan 11 minit sebelum wisel penamat dibunyikan.
Suasana perlawanan yang penuh sorakan penyokong kedua-dua pasukan tiba-tiba bertukar menjadi suram apabila Wigan berjaya meledakkan gol kemenangan keatas pendahulu liga Inggeris itu. Sorakan penyokong Wigan Athletic semakin gemuruh memenuhi suasana ketika itu.
Hancur lebur harapan pasukan gergasi bimbingan Pep Guardiola apabila tewas ditangan kelab League One. Walaupun babak pertama perlawanan dikuasai Manchester City (M.C) dan berjaya mencipta peluang namun gagal disempurnakan oleh pemain tengah Fernandinho.
Dipenghujung perlawanan babak pertama pula semakin merumitkan M.C apabila pemain Fabian Delph diberi kad merah setelah mengasari Max Power.

M.city juga terpaksa meneruskan perlawanan walaupun hanya 10 orang yang beraksi di atas padang. Dengan kekurangan pemain Wigan Athletic tidak mensia-siakan peluang untuk menembusi benteng petahanan M.City.
Asakan demi asakan dilakukan oleh pasukan Wigan akhirnya mereka berjaya memecahkan gawang M.City. Sungguhpun begitu, city tetap mengatur langkah dengan berbaki masa yang ada untuk mencari gol namun tetap kekal dengan kekalahan 0-1 kepada Wigan.

Situasi tersebut mencetus ketegangan antara dua jurulatih, Pep Guardiola dan Paul Cook, ketika berada di terowong menuju ke bilik persalinan pada akhir babak pertama.
Manchester City dilihat semakin tidak menentu apabila tewas dan lebih mengejutkan apabila penyerang Sergi Aguero bertindak menumbuk salah seorang penyokong tuan rumah ketika penyokong itu memasuki padang.

Bukan itu sahaja, penyokong city turut melemparkan papan iklan ke arah polis yang bertugas untuk mengawal keadaan di stadium berkenaan. Nampaknya penyokong city tidak dapat menerima kekalahan tipis itu di padang tuan rumah Wigan Athletic.
Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.
Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com
sumber : awani