Tiket Wayang Free ?

Kepada anda yang gemar berkunjung ke pawagam untuk menonton filem, pastinya anda cukup suka jika anda diberikan tiket wayang secara percuma, betul tak ?

tiket wayang

Loading...

Tahukah anda sebenarnya anda boleh mendapat 6 tiket wayang PERCUMA pada tarikh hari jadi anda daripada 3 pawagam yang berbeza ?

Yupp, itu sememangnya betul. Anda boleh mendapat tiket wayang percuma daripada TGV Cinemas, Golden Screen Cinemas dan juga MBO Cinemas. Mudah sahaja, anda hanya perlu mendaftar untuk menjadi ahli di laman sesawang pawagam tersebut dan secara automatiknya anda akan menerima 2 tiket percuma apabila tiba tarikh hari jadi anda.

Ini adalah cara-caranya :

#TGV Cinemas

-Klik di sini dan isi segala maklumat yang berkaitan

-Setelah disahkan, ambil kad Movieclub anda di cawangan GSC terpilih

-Apabila mendaftar, anda akan diberikan 2 tiket percuma dan popcorn serta pelbagai lagi hadiah sempena hari jadi. TGV juga menawarkan banyak tawaran menari kepada ahli Movieclub, jadi pastikan anda tidak ketinggalan.

tiket wayang

#Golden Screen Cinemas

-Log masuk ke laman sesawang GSC di sini dan daftar untuk menjadi ahli

-Mereka akan menghantar emel kepada anda apabila tiba tarikh hari jadi. Anda juga boleh mencetak borang ini untuk tujuan penebusan tiket percuma di kaunter box office.

#MBO

 -Daftar sebagai ahli MBO Starclub di sini

-Anda akan menerima kad ALLSTAR di cawangan MBO

-Apabila selesai, anda akan diberikan 2 tiket percuma ketika bulan hari jadi anda.

Jadi, jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan tiket percuma ini. Cepat-cepat sebelum terlambat !

tiket wayang

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here