Tidak pernah dengar lagi seorang lelaki yang mempu­nyai antena tertanam dalam tengkoraknya kan? Tetapi ia terjadi kepada seorang lelaki kelahiran Britain mengisytihar dirinya se­bagai organisma sibernatik (cyborg) pertama di dunia.

Neil Harbisson mendakwa gam­­bar pasport Britain miliknya menampakkan antena di kepalanya itu yang bermaksud kerajaan Bri­tain menerima bahawa peranti itu adalah sebahagian daripada dirinya, sekali gus mengiktirafnya sebagai cyborg.

Cyborg

Harbisson membuat kenya­taan demikian kepada wartawan pada Sidang Kemuncak Kerajaan Sedunia di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu (UAE).

Lelaki berkenaan mempunyai antena yang ditanam di kepala­nya pada 2004 bagi membantunya melihat warna.

Dia sebelum ini mengalami ma­salah akromatopsia yang menyebabkan dia hanya mampu melihat keadaan sekeliling de­ngan latar hitam dan putih sahaja.

Cyborg

Harbisson turut memberi amaran bahawa kerajaan di seluruh negara perlu menerima kenyataan bahawa tidak lama lagi akan wujud lebih ramai manusia dengan tubuh berteknologi tinggi.

“Saya melihat antena ini bukan sebagai peranti tetapi adalah organ saya. Saya tidak memakai antena ini, sebaliknya saya mempunyai antena ini, jadi saya melihatnya sebagai sebahagian daripada diri saya.

Cyborg

“Saya datang ke sini untuk membincangkan bagaimana akan ada lebih banyak manusia yang menganggap diri mereka sebagai cyborg dan bagaimana kerajaan harus menerima perubahan ini,” katanya.

Harbisson mendakwa implan itu membolehkannya memperluaskan persepsi tentang realiti di luar spektrum visual selain dapat mengesan gelombang inframerah dan ultraungu.

Cyborg

‘Cyborg’ itu juga mendakwa mempunyai sambungan internet di kepalanya yang memboleh­kannya menerima warna dari ba­hagian lain di dunia dan menyam­bungkan ke satelit untuk melihat warna dari ruang angkasa.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here