bas

Bas dua alam atau bas Amfibia yang dibeli kerajaan negeri Terengganu bagi merancakkan industri pelancongan selesai dipandu uji.  Terdahulu, bas jenis Amphicoach itu dibeli oleh kerajaan negeri dengan harga RM3 juta pada 2014 dan sebelum ini dijangka tiba pada Mei 2015. Nemun mengalami kelewatan atas sebab-sebab tertentu.

Bas dua alam Amphicoach ini akan digunakan untuk beberapa perkara, termasuk mewarnai sektor pelancongan di negeri berkenaan. Ia dijangka akan digunakan sekitar Tasik Kenyir, sekaligus memberikan pengalaman yang serba baru kepada para pengunjung.Disamping itu, Amphicoach turut dijangka untuk digunakan untuk menyelamatkan mangsa banjir dikawasan tidak berarus deras ketika musim tengkujuh.

bas
Pengurus Besar Amphicoach (Malta), Stephen Morrison Smith berkata, pihaknya turut memulakan latihan  pemanduan dan penyelenggaraan bagi memastikan kelancaran operasi bas berkenaan kelak.

BACA JUGA :   Ini Sebab Mengapa Anda Perlu Mengambil Insurans Perjalanan Semasa Melancong

Bas dua alam yang berkualiti tinggi itu dilengkapi pelbagai spesifikasi canggih termasuk mampu berfungsi di darat mahupun air.

bas“Bas ini mempunyai keupayaan 300 kuasa kuda dan mampu berfungsi sama ada di darat dan air. Ini merupakan yang pertama di Malaysia,” kata Morrison.

Sementara itu, rata-rata penduduk tempatan turut teruja dengan pengenalan bas tersebut yang mana disifatkan sebagai sesuatu yang sangat unik.

Bas berkenaan tiba di Terengganu pada 18 Februari lalu dan telah melalui proses pengujian di darat dan air bagi mendapatkan kelulusan pihak berkuasa tempatan sebelum beroperasi sepenuhnya.

basBas amfibia itu  akan dipamerkan pada ekspo terengganu 2018 pada 25 Februari hingga 3 Mac dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan pelbagai agensi lain.

BACA JUGA :   Kesatuan Eropah (EU) Harap Sijil Digital COVID-19 Lonjakkan Sektor Pelancongan.

bas

Keupayaan luar biasa itu, bas berkenaan juga dijangka mampu melancarkan operasi khusus ketika berdepan bencana banjir.Tarikan terbaru ini mampu menarik jumlah pelancong yang ramai  dari  dalam mahupun luar negara.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Sumber: Astro Awani

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here