Jika dilihat kepada kesalahan yang dibuat, nampak remeh dan biasa. Namun akibat kecuaian ini seorang wanita 22 tahun dikenakan denda RM 5000, dan dipenjara sehari. Wanita berkenaan menunggang motosikal secara melulu dan melawan arus di celah-celah kenderaan lain akhirnya dijatuhkan hukuman oleh Mahkamah Majistret di sini kemarin.

wanita

Hukuman terhadap Siti Mariam Ishak, 22, dijatuhkan oleh Majistret Zilfinaz Abbas selepas tertuduh mengaku bersalah melakukan kesalahan tersebut di Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini pada pukul 10.12 malam, sehari sebelum dijatuhkan hukuman. wanitaMahkamah memerintahkan tertuduh dipenjara tiga bulan lagi selepas Siti Mariam yang bekerja sebagai operator kilang gagal membayar denda yang dikenakan selain lesen memandunya dibatalkan dan hilang kelayakan menunggang selama dua tahun.

BACA JUGA :   Motosikal Modenas Mencecah 1100 Unit Jualan Tempoh Kurang Setahun.

Dia didakwa mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun dan denda tidak kurang RM5,000 serta hilang kelayakan menunggang atau mendapatkan lesen memandu selama dua tahun.

wanita

Terdahulu, tertuduh merayu hukuman ringan atas alasan dia hanya bekerja kilang dan menanggung ahli keluarganya namun Pegawai Pendakwa, Inspektor Abdullah Khazali memohon hukuman yang dapat memberikan pengajaran supaya tertuduh insaf atas perbuatannya.

Mengikut fakta kes, wanita itu ditahan di bahu jalan sebelah kiri Jalan Esfahan berhampiran Bank CIMB Bhd. Selepas saksi anggota penguatkuasa yang melakukan operasi ternampak aksi Siti Mariam dan telah merakam video motosikalnya. Dia dipercayai cuba meloloskan diri daripada sekatan jalan raya yang dilakukan oleh Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur.

BACA JUGA :   Kecoh! Lelaki Berbogel Naik Motor Gegarkan Media Sosial

wanita

Siti Mariam telah menunggang motosikal jenis Yamaha 135LC, nombor pendaftaran KDU 9758 secara melulu dan berbahaya kepada diri sendiri serta pengguna jalan raya yang lain.

Orang ramai dinasihatkan supaya patuhi peraturan jalan raya. Nyawa sangat penting. Sikap kesabaran dan sopan santun dalam diri perlu diterapkan dalam jiwa pengguna jalan raya. wanita

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Sumber: Utusan Malaysia

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here