“Wah, buku baru lagi? Banyaknya duit kau.”

“Eh tak adalah. Aku ni mana lah berduit sangat. Biase-biase je”

“Habis tu aku tengok kau asyik dapat banyak je buku-buku baru. Macam mana kau dapat semua buku-buku tu?”

“Haaa, itu lah ramai orang tak tahu”. Nak tahu caranya ? Jeng!’’

Acap kali persoalan ini ditujukan kepada saya. Tidak kira lah daripada sahabat handai mahupun jiran-jiran di kawasan kediaman. Realitinya, saya tidak lah menghabiskan wang yang banyak untuk mendapatkan buku-buku baru seperti yang disangka.

Wang yang digunakan merupakan wang lebihan daripada simpanan saya setiap bulan, dan jumlahnya tidak begitu banyak pun. Akan tetapi, saya sentiasa mengamalkan tips-tips ini ketika saya ingin mendapatkan buku-buku baru.

Sehubungan dengan itu, saya berasa terpanggil untuk berkongsi dengan anda tentang cara-cara menambah koleksi buku tanpa membelanjakan wang yang banyak.

1. Bertukar-Tukar Buku ( Book Swapping)

Buku Baru
Sumber : Writers Rumpus

Kaedah book swapping ini sudah menjadi kebiasaan saya sejak dari bangku sekolah lagi terutamanya ketika saya di sekolah berasrama. Sebagai seorang pelajar yang tergila-gilakan komik dan anime pada masa itusaya sering kali berkunjung ke bilik rakan-rakan untuk bertukar-tukar komik.

Secara amnya, kaedah book swapping ini boleh anda lakukan dengan kenalan yang turut ingin bertukar-tukar koleksi bahan bacaan.

Selain dapat menjimatkan wang kerana anda tidak perlu membelanjakan walau satu sen pun untuk mendapatkan buku yang baru, anda juga dapat mengeratkan hubungan sesama kenalan anda itu dan ini akan memudahkan anda untuk bertukar-tukar buku lagi pada masa yang akan datang.

2. Membeli Buku Secara Atas Talian

Buku Baru

Umumnya, terdapat dua cara untuk membeli buku sama ada membelinya secara tunai di kedai ataupun membeli di kedai buku atas talian. Pembelian menerusi kedai buku atas talian ini sebenarnya lebih menjimatkan kerana anda tidak perlu khuatir dengan kos pengangkutan dan juga tenaga yang perlu dikeluarkan untuk berpusing-pusing mendapatkan buku pilihan anda.

Dengan hanya beberapa klik pada butang tetikus, anda boleh mendapatkan buku idaman anda dalam masa yang cukup singkat. Selain itu, kedai-kedai buku atas talian juga sering menawarkan diskaun dan ini merupakan perkara yang sangat menguntungkan buat anda.

Di kedai buku atas talian seperti www.Daulah.com (Daulah Online Bookstore) misalnya, anda berpeluang untuk menikmati diskaun melebihi 35% bagi kebanyakan buku yang semestinya berbaloi untuk dibeli.

Antara pakej potongan harga lain yang anda boleh dapati adalah menerusi pembelian Kotak Kombo https://daulah.com/semua-kategori-kombo/. Pembelian pakej Kotak Kombo ini mampu menjimatkan wang anda dalam jumlah yang sangat banyak.

Di samping itu, kebanyakan laman kedai buku atas talian kerap menawarkan harga durian runtuh pada hari ataupun bulan istimewa seperti Hari Raya Sale, Year End Sale dan macam-macam lagi.

Justeru, rancanglah pembelian anda dengan cermat di kedai buku atas talian agar anda dapat membeli buku dengan harga yang sungguh menjimatkan.

3. Berkunjung Ke Pesta Buku

Buku Baru
Sumber : Iluminasi.com

Kebanyakan pesta buku lazimnya menawarkan harga istimewa yang anda tidak akan dapat di tempat lain. Pendek kata, berkunjung ke pesta buku merupakan satu platform di mana anda boleh menikmati penjimatan berkali-kali ganda.

Tidak hairanlah jika ada yang menggelarkan pesta buku ini sebagai syurga bagi pencinta-pencinta buku. Salah satu contoh pesta buku yang terkenal adalah Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur yang dianjurkan setiap tahun. Di sini, anda berpeluang mendapatkan buku dengan harga yang lebih murah sekiranya anda membeli buku di booth penerbit.

Selain daripada itu, pesta buku Bahasa Inggeris iaitu Big Bad Wolf juga menawarkan harga yang cukup rendah di mana anda boleh dapatkan senaskah buku dengan 60% peratus lebih murah berbanding harga asal.

Meskipun demikian, anda haruslah menyemak terlebih dahulu tentang promosi yang ditawarkan di pesta-pesta buku agar anda dapat membuat pilihan yang bijak dalam membeli. Untuk panduan membeli buku di book fair, anda boleh rujuk artikel ini di https://goo.gl/JDWEzh

4. Meminjam Buku Dari Perpustakaan

Berkunjung ke perpustakaan mungkin bukanlah satu perkara yang digemari oleh kebanyakan orang. Namun, salah satu cara yang paling mudah untuk mendapatkan buku adalah secara meminjam daripada perpustakaan.

Meskipun kadang-kala sesetengah perpustakaan mempunyai limitasi dari segi bahan bacaan, namun anda haruslah bijak dalam mencari bahan bacaan yang berkualiti dan berguna untuk dibaca.

Harus diingat, meminjam buku di perpustakaan bermakna ada tempoh pemulangan yang harus anda patuhi.

Oleh hal yang demikian, anda haruslah berdisiplin dan memulangkan buku pada tarikh yang telah ditetapkan bagi mengelakkan anda daripada dikenakan denda dan mungkin di ‘ blacklist ’ daripada meminjam sebarang buku pada masa akan datang.

Melalui tips-tips ini, ternyata anda sebenarnya boleh menambah koleksi buku anda tanpa perlu mengeluarkan wang yang banyak. Mendapatkan bahan bacaan dengan wang yang sedikit bukanlah satu halangan lagi sekiranya anda mengikuti petua yang telah diberikan.

Diharapkan perkongsian ini akan sedikit sebanyak membantu anda menjadikan buku sebagai teman baik dalam menuntut ilmu.

Sumber : Syiffa Rosman (Iman Shoppe)

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here