Sebut sahaja tentang Bali, pasti sudah terbayang keindahan pulau ini dalam fikiran anda. Tidak dapat dinafikan, Bali adalah pulau yang paling banyak dilawati di Asia Tenggara kerana mempunyai keunikannya yang tersendiri.
Keindahan Bali menjadikannya syurga bagi anda yang suka bergambar dan menikmati keindahan alam. Terdapat banyak tempat yang anda boleh lawati untuk penuhkan kamera anda dengan gambar-gambar yang sungguh cantik.
Tanpa buang masa lagi, Team #DeenamikTravel ingin berkongsi beberapa tempat di Bali yang harus anda kunjungi dan ambil gambar puas-puas.
1. “Pintu Syurga” di Pulau Lempuyang
Bukan sahaja di Bali, kuil di Pulau Lempuyang ini boleh dikatakan yang tercantik di Asia Tenggara. Terdapat tujuh kuil kesemuanya namun kuil yang pertama merupakan tarikan terbesar di sini.
2. Kampung Penglipuran
Kampung ini terletak di utara Bali yang terpelihara daripada kemodenan. Susunan rumah-rumah yang teratur ditambah dengan jalan yang bertemakan klasik pasti memukau mata anda.
3. Hutan Buluh di Bangli
Kehijauan alam yang memayungi laluan ternyata sungguh mempesonakan sesiapa sahaja yang berkunjung di sini. Boleh diibaratkan ini adalah terowong flora dan fauna yang tidak akan anda jumpa di tempat lain.
4. Pura Ulun Danu Bratan
Kuil Ulun Dana Beratan boleh disifatkan sebagai mercu tanda paling ikonik di Bali. Kuil ini terletak di hujung Tasik Beratan dan anda dapat lihat keindahan pantulan kuil ini pada permukaan tasik tersebut.
5. Air Terjun Berkembar Banyumala
Apa yang lebih indah daripada satu air terjun ? Semestinya dua air terjun yang digabungkan sekali. Ramai orang mengatakan ini adalah air terjun tercantik di Bali. Jikalau tidak benar, masakan orang berkata, bukan ?
Semoga percutian anda ke Bali akan menjadi kenangan terindah yang tidak akan dapat dilupakan. Teruskan follow #DeenamikTravel di laman Facebook kami untuk dapatkan tips-tips travel mengenai lokasi dalam dan luar negara. Bye !