Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan PBB (UNESCO) telah menobatkan bandar Sharjah yang terletak di Emiriah Arab Bersatu (UAE) sebagai Kota Buku Dunia (World Book Capital) bagi tahun 2019. Ini merupakan satu pencapaian yang penuh bermakna bagi Emiriah Arab Bersatu dan juga negara-negara Arab yang lain.
Beli buku idaman anda dengan harga serendah RM3 hanya di Daulah Online Bookstore
Penghormatan ini diberikan sebagai tanda penghargaan kepada UAE kerana mengasaskan serta menyokong industri penerbitan tempatan dan juga serantau. Secara tidak langsung, ini telah membantu mempromosikan aktiviti membaca sebagai satu amalan budaya intrinsik dan pada masa yang sama merangkumi dialog antara budaya berasaskan pengetahuan.
Anugerah ini merupakan satu lagi kejayaan yang dicapai oleh Kota Sharjah selepas menerima anugerah Kota Kebudayaan Arab (1998), Kota Kebudayaan Islam (2014) dan juga Kota Pelancongan Arab pada tahun 2015. Tambahan pula, UAE adalah negara pertama dalam GCC dan ketiga dalam negara-negara Arab yang mendapat pengiktirafan ini.
Sharjah, yang terkenal dengan gelaran ibu kota kebudayaan bagi negara-negara Arab merupakan kota ke-19 yang dipilih UNESCO kerana statusnya yang mempunyai ciri-ciri inovatif, komprehensif dan inklusif. Kota ini banyak menganjurkan aktiviti yang memberi fokus kepada pembangunan komuniti dan bermatlamat untuk meningkatkan penglibatan kota-kota lain yang berpopulasi besar.
Dengan memperkenalkan slogan “ Read– you are in Sharjah” (Baca– anda sekarang berada di Sharjah), program yang dirangka akan merangkumi enam tema iaitu inclusivity,reading, heritage, outreach, publishing, children.
Beli buku idaman anda dengan harga serendah RM3 hanya di Daulah Online Bookstore
Aktiviti-aktiviti lain yang turut dijalankan termasuklah persidangan mengenai kebebasan bersuara, peraduan untuk penyair muda, bengkel penghasilan Braille dan buku sentuh serta bermacam-macam lagi acara khas untuk penduduk berbilang etnik di kota Sharjah.
Sehubungan dengan aktiviti yang telah dirangka, kota ini akan turut mambangunkan Bandar Penerbitan Sharjah (Sharjah Publishing City), satu zon yang didedikasikan khas untuk tujuan penerbitan dan percetakan. Ini merupakan konsep yang pertama dibangunkan dalam rantau itu dan direka khas bagi memenuhi keperluan syarikat serta institusi yang beroperasi dalam bidang penerbitan.
Pembangunan ini juga bermatlamat untuk memperkasakan industri buku dengan menggalakkan pengeluaran dan penerbitan yang lebih luas dalam negara-negara Arab.
Beli buku idaman anda dengan harga serendah RM3 hanya di Daulah Online Bookstore
Umumnya, bandar-bandar yang telah dipilih sebagai Kota Buku Dunia UNESCO haruslah bertanggungjawab mempromosikan dan pembacaan di samping menganjurkan aktiviti sepanjang tahun.
Beli buku idaman anda dengan harga serendah RM3 hanya di Daulah Online Bookstore
Sharjah adalah kota ke-19 yang dinamakan sebagai Kota Buku Dunia mengikut jejak langkah 18 kota terdahulu iaitu, Madrid (2001), Alexandria (2002), New Delhi (2003), Anvers (2004), Montreal (2005), Turin (2006), Bogota (2007), Amsterdam(2008), Beirut (2009), Ljubljana (2010), Buenos Aires (2011), Erevan (2012), Bangkok (2013), Port Harcourt (2014), Incheon (2015), Wroclaw (2016), Conakry (2017) dan Athens (2018).
Sumber : UNESCO en.unesco.org