Berbekalkan Secebis Ilmu Sains, Lelaki Ini Berjaya Ubah Nasib Penduduk Kampungnya

0
708

William Kamkwamba dilahirkan di Malawi, sebuah negara miskin yang sangat mundur dari segi pembangunan dan kemajuan. Masalah kemiskinan dan AIDS sering membelenggu negara ini. Rakyatnya juga acap kali dilanda masalah kebuluran terutamanya apabila tiba musim kemarau.

Sumber air dan elektrik pula amatlah terhad. Hanya 2 peratus sahaja darpada rakyat Malawi yang mampu mendapatkan sumber-sumber tersebut. Boleh diibaratkan sudah tiada harapan bagi rakyat negara itu untuk keluar dari kesengsaraan hidup.


Jom Dapatkan Buku-buku Idaman Anda Di Daulah Online Bookstore, Kedai Buku Online Yang Menawarkan Harga Buku Termurah Di Malaysia!


Malangnya, pada tahun 2002, Malawi dilanda masalah kemarau dan kebuluran yang paling teruk dalam tempoh 50 tahun. Ini telah mengakibatkan ladang milik keluarganya rosak dan membuatkan ibu bapanya jatuh miskin.

Kerana tidak mampu membayar 80 dolar setahun bagi yuran pengajiannya, William yang ketika itu berusia 14 tahun terpaksa berhenti belajar dan membantu keluarganya mendapatkan bekalan makanan tatkala masalah kebuluran telah mengorbankan beribu-ribu nyawa rakyat di negara itu.

Walaupun tidak lagi bersekolah, William sering berkunjung ke perpustakaan berdekatan. DIa banyak menghabiskan masa dengan membaca sebuah buku bertajuk ‘ Using Energy’ yang menerangkan tentang kincir angin.

Lalu, dia memasang impian untuk membina sebuah kincir angin yang akan mampu membekalkan sumber elektrik dan air kepada penduduk kampungnya. Dia berazam untuk mengubah nasibnya dan juga nasib orang kampungnya ke arah yang lebih baik.

William sememangnya sangat meminati ilmu-ilmu berkaitan elektrik sejak dari zaman kanak-kanak lagi. Malah, dia turut berhasrat untuk memasuki sekolah sains yang paling berprestij di Malawi.

Berbekalkan kesungguhan dan secebis ilmu sains yang dimilikinya, dia mula merencanakan sebuah pelan untuk membekalkan sumber elektrik dan air kepada kampungnya.


Jom Dapatkan Buku-buku Idaman Anda Di Daulah Online Bookstore, Kedai Buku Online Yang Menawarkan Harga Buku Termurah Di Malaysia!


Dengan menggunakan bahan-bahan daripada kepingan logam, bahagian-bahagian traktor dan basikal, William membina sebuah kincir angin yang separa lengkap tetapi boleh beroperasi.

Pada permulaannya, kincir angin ciptaannya itu mampu menghidupkan empat buah lampu lengkap dengan litar yang diperbuat daripada paku dan wayar.

Mesin kedua ciptaannya pula adalah sebuah pam yang mampu membekalkan air sekaligus dapat menangani masalah kebuluruan.

Sejak daripada itu, berita mengenai ciptaannya itu tersebar ke serata tempat. Dia menjadi kebanggaan rakyat negaranya. William yang dahulunya pernah digelar gila kerana menghebahkan ideanya untuk membina kincir angin kini menjadi inspirasi kepada orang ramai.


Jom Dapatkan Buku-buku Idaman Anda Di Daulah Online Bookstore, Kedai Buku Online Yang Menawarkan Harga Buku Termurah Di Malaysia!


Begitulah kisah hebat seorang manusia biasa yang bersemangat untuk mengubah nasib orang sekelilingnya meskipun dengan sumber yang terhad. Berbekalkan minatnya yang mendalam untuk membaca, idea bernasnya itu tercetus.

Justeru, semaikanlah budaya membaca dalam diri kerana ternyata bangsa yang membaca dalah bangsa yang berjaya.Jika William yang hidup serba kekurangan itu mampu melakukan perubahan, mengapa tidak kita ?

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here