Pepper, robot yang memakai pakaian sami dalam satu ekspo di Tokyo pada 23 Ogos 2017. Kredit foto : REUTERS/Kim Kyung-Hoon

Pepper, robot pertama di dunia yang mampu membaca emosi manusia, telah diberikan peranan baru, iaitu membaca sutra Buddha di majlis pengkebumian mayat Jepun. Menurut syarikat yang mencipta robot tersebut, Nissei Eco, mereka akan mengenakan caj sebanyak b¥ 50,000 (RM1,953) untuk perkhidmatan robot canggih itu.

Pepper juga telah diprogramkan untuk menyanyikan sutra dari empat mazhab Buddha utama Jepun sambil mengetuk drum yang di sebelahnya.

Sumber foto : Bangkok Post

“Dengan populasi penduduk Jepun yang semakin berusia dan ramai sudah  berpindah untuk tinggal di bandar, ramai penganut Buddha kurang menerima sokongan kewangan daripada komuniti mereka. Ini telah mendorong beberapa daripada mereka untuk mencari kerja sambilan di luar tugas kuil mereka,” ujar penasihat eksekutif Nissei, Michio Inamura.

“Justeru , robot pengkebumian boleh digunakan sekiranya ketiadaan sami”, tambahnya lagi. Caj yang dikenakan adalah sebenarnya lebih murah daripada mengupah seorang sami untuk majlis pengkebumian.

Sumber foto : Irish Independent

Pepper telah mengambil bahagian dalam pameran Majlis Pengkebumian Antarabangsa Tokyo dan Pertunjukan Tanah Perkuburan yang lalu. Di ekspo tersebut, banyak perniagaan pengendali mayat daripada pelbagai institusi pengkebumian akan datang untuk mempamerkan perkhidmatan dan produk terbaru mereka.

Seorang sami, Tetsugi Matsuo berkata, dia datang ke ekspo tersebut untuk melihat sama ada Pepper dapat menyentuh hati penganut agama yang lain dengan kebolehannya itu. Matsuo percaya bahawa asas sesebuah agama terletak pada hati, yang hanya dimiliki oleh manusia.

Sumber foto : Nissei Eco

Setakat ini, masih belum ada mana-mana majlis pengkebumian yang menggunakan khidmat Pepper.

 


Sumber :

Hardware Zone

Reuters

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here