Sumber : Instagram Datuk Siti

Semalam, pasangan Datuk Siti Nurhaliza dan suaminya Datuk Seri Khalid Mohamad @ Datuk K meraikan ulang tahun perkahwinan mereka yang ke 11.

Pasangan ini telah melangsungkan perkahwinan mereka pada tanggal 21 Ogos 2006, tarikh yang sama dengan hari Israk dan Mikraj pada tahun tersebut. Bibit-bibit cinta Datuk Siti dan suaminya itu mula berputik selepas penyanyi itu pulang dari mengadakan persembahan di Royal Albert Hall, London pada April tahun 2005.

Sumber foto : mStar.com

Mengulas rahsia kebahagiaan rumahtangganya itu, Datuk Siti mendedahkan bahawa sifat sabar dan toleransi antara satu sama lain merupakan asas yang penting dalam perkahwinan. Meskipun ada ketikanya dia dan suami juga tidak terlepas dengan salah faham, namun perkara yang dilalui itu mematangkan hubungan tersebut. Bak kata orang, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri.

“Kebahagiaan yang saya dan suami terima pada hari ini adalah berkat sifat toleransi, percaya dan kesabaran yang kami sama-sama praktikkan selama 11 tahun melayari bahtera rumah tangga”.

“Jika ada perkara yang tidak disenangi saya dan suami berbincang dari hati ke hati dan kami tidak sesekali membuntukan lagi keadaaan,” katanya seperti yang dilaporkan mStar online.

Selain itu, Datuk Siti juga sering meluangkan masa untuk berdua dan bercuti bersama suami. Beliau juga percaya bahawa menonton wayang bersama-sama seisi keluarga yang lain akan mengeratkan lagi kebahagiaan sesama mereka. Boleh dikatakan menonton wayang adalah satu bentuk terapi dalam memastikan hubungan mereka sentiasa rapat.

Datuk Siti
Majlis pertunangan anak tiri Datuk Siti. Sumber foto : Sinar Harian

Datuk K pula menyifatkan isterinya itu sebagai anugerah terindah yang dikurniakan oleh Allah SWT untuknya. Tenyata Datuk Siti merupakan seorang wanita yang mempunyai ciri-ciri isteri mithali. Isterinya itu memang sangat prihatin dan mengambil berat tentang dirinya ketika dia mengalami sebarang masalah kesihatan terutamanya ketika beliau cedera dalam satu kemalangan di New Zealand.

Datuk Siti
Sumber foto : Utusan Melayu

“Beliau isteri hebat dan terbaik. Siti sentiasa sabar dan menjaga saya (sewaktu sakit) dengan penuh ketabahan.

“Beliau juga menjadi penyejuk jiwa dan setia mendampingi saya sama ada dalam susah ataupun senang,” katanya.

Persandingan mereka 11 tahun lalu boleh diibaratkan sebagai ‘Wedding of The Decade’. Masihkah anda ingat lagi apabila Siti mengenakan gaun putih silk duchess satin Dewi Mustika dan membuat kemunculan di KLCC kepada kira-kira 1,000 peminat setianya?

Datuk Siti

Majlis persandingan itu juga disiarkan secara langsung oleh stesen TV dan meraih jumlah tontonan yang sangat tinggi. Pada majlis resepsi yang menelan belanja hampir RM 500,000, Siti dan Datuk K mengenakan persalinan ‘English Wedding Gown’’ala Cinderella berwarna merah jambu, perak dan krim daripada kain lace serta sutera Thai.

Datuk Siti
Sumber foto : mStar

Siti juga membuat kejutan menyanyikan lagu khas buat Datu K berjudul Cahaya Cinta yang dicipta khas oleh Siti sepenuhnya.

Buat Datuk Siti Nurhaliza dan Dato’ Sri Khalid Mohamad Jiwa, Team Deenamik mengucapkan selamat ulangtahun perkahwinan ke-11 dan semoga bahtera perkahwinan yang dilayari sentiasa diberkati dan bahagia ke akhir hayat.

Sumber :

Malaysian Digest 
mStar 

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk artikel atau iklan anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here