Tan Sri Vincent Tan dan T. Ananda Krishnan

Dua jutawan yang cukup terkenal di Malaysia – T. Ananda Krishnan dan Tan Sri Vincent Tan memang seringkali ‘bersemuka’ dalam sebarang bisnes yang diusahakan.

Baru-baru ini, Vincent Tan melancarkan sebuah syarikat kabel TV berbayar iaitu Ansa Broadcast. Jika diikutkan, ini adalah kali ketiga Tan mahu bersaing rapat dengan bisnes utama Ananda, yang memiliki Astro Malaysia Holdings Bhd.

Sumber foto : Gizmo Cafe

Kedua-dua ahli perniagaan ini seperti yang diketahui memang sangat bijak dalam membuat percaturan bisnes yang memberikan keuntungan berlipat kali ganda. Laman Forbes menyenaraikan Ananda sebagai individu ketiga terkaya di Malaysia dengan jumlah kekayaan RM 28 bilion manakalan Tan berada di tangga ke-20 dengan RM 3.5 bilion.

Tan sebelum ini telah menempa kejayaan dari sudut pasaran saham melalui bisnes telekomunikasinya iaitu U-Mobile. Beliau merupakan pemegang saham kedua terbesar di U-Mobile dengan 21.46 % di belakang Singapore Technologies Telemedia yang memiliki 49 %.

Sumber : Lowyat.NET

Meskipun dilancarkan pada 2007, kemasukan U-Mobile dalam sektor telco telah memberi saingan yang cukup padu kepada syarikat-syarikat telco yang lain terutamanya Maxis yang dimiliki oleh Ananda.

Tan pernah menyuarakan beberapa isu mengenai monopoli Astro dalam pasaran satelit TV berbayar di Malaysia. Sepanjang tempoh 20 tahun, Astro telah menguasai pasaran ini dengan hak monopoli bagi satelit TV yang berakhir pada bulan Februari lepas.

BACA JUGA :   ASTRO DIBERI HAK EKSKLUSIF PENYIARAN EPL SELAMA 3 MUSIM!
Sumber foto : Reuters

Dengan berakhirnya hak eksklusif Astro itu, Tan kini sedang mengintai peluang untuk turut menceburi bisnes penyiaran ini.

Meskipun perancangan Tan untuk Ansa Broadcast masih belum belum diketahui, namun baru-baru ini terdapat beberapa butiran terperinci yang dijelaskan dalam analisis laporan ekuiti Astro.

Penganalisis dari Bank Pelaburan Hong Leong, Sia Ket Ee menidakkan kemungkinan Astro untuk terus kekal dengan premis itu di akhir monopoli. Sekiranya Ansa Broadcast milik Tan menjadi kenyataan, maka ianya akan memberi tekanan yang cukup kompetitif terhadap Astro yang tidak pernah dicabar selama 20 tahun.

Sejarah Ansa boleh dikatakan bermula pada tahun 2005 apabila Tan melancarkan perkhidmatan TV berbayar ketiga di Malaysia – MiTV. Dua tahun kemudian, MiTV dijenamakan semula sebagai U-Television, tetapi perkhidmatan tersebut tidak mencapai kejayaan yang diinginkan.

Impak Ansa Broadcast kepada Astro

Dengan pemulangan ekuiti lebih 100 %, Astro sedang menjana wang yang sangat banyak pada masa ini. Meskipun jumlah pengguna Astro semakin berkurang sejak akhir-akhir ini, masih ramai pengguna sedia ada yang sanggup membayar untuk menonton kandungan televisyen yang dipancarkan dari satelit ke rumah mereka.

Sumber foto : Free Malaysia Today

Dapat dikenal pasti bahawa penetapan harga yang perlu dibayar oleh para pengguna adalah halangan utama dalam sektor perkhidmatan TV dan satelit berbayar ini.

BACA JUGA :   Hamidin Bakal Bersaing Dengan Tony Fernandes Untuk Presiden FAM ?

Kos penyiaran yang tinggi dan ringgit yang lemah mendatangkan banyak tekanan kepada pembekal servis satelit seperti Astro misalnya. Dikhabarkan bahawa Astro telah memberikan beberapa hak eksklusifnya kepada sesetengah siaran bagi mengurangkan kos yang perlu ditanggung.

Kemasukan Ansa Broadcast dijangka membuatkan Astro tidak senang duduk. Hak kandungan siaran dan penawaran produk akan menjadi faktor penting di antara kedua-dua syarikat ini.

Walaubagaimanapun, masih banyak isu yang perlu dikendalikan oleh Ansa jika mahu memasuki bisnes penyiaran ini seperti penetapan harga siaran dan juga perkhidmatan satelit. Persaingan juga semakin sengit dengan kemasukan pembekal kandungan siaran yang lain termasuklah Netflix, iflix dan Viu.

Suumber : Mumbrella Asia

Walaupun Astro berhadapan dengan kos yang tinggi, ia mempunyai satu kelebihan utama dalam pasaran TV berbayar. Siaran bola sepak antarabangsa, terutamanya Liga Perdana Inggeris, telah terbukti menjadi lubuk yang menarik para pengguna untuk melanggan Astro sekaligus menjana wang yang banyak daripada situ.

Apa-apapun, masih menjadi tanda tanya sama ada Tan akan menggunakan strategi yang sama untuk Ansa Broadcast seperti yang dilakukannya bersama U-Mobile atau Tan punyai idea lain. Kita tunggu dan lihat.


Layari Daulah Online Bookstore Dan Dapatkan Buku Idaman Anda Serendah RM3 !


Sumber :

S. PUSPADEVIThe Star

Facebook Comments