Filipina Sekat Uber Selama Sebulan Kerana Langgar Undang-undang

Sumber : Star Telegram

Pengawal selia pengangkutan Filipina hari ini telah menggantung Uber daripada beroperasi selama sebulan gara-gara syarikat aplikasi kereta tumpang itu melanggar perintah yang dikeluarkan akhir bulan Julai untuk berhenti menerima akreditasi kereta-kereta baru.


Dapatkan Buku Best-Seller Di PBAKL17 Yang Lalu Dengan Harga Istimewa Hanya Di Daulah Online Bookstore!


Lembaga Rangkaian dan Pengawalan Pengangkutan Darat (LTFRB) telah mengarahkan Uber untuk menghentikan segala permohonan dan tempahan atas talian semasa tempoh penggantungan tersebut dan ianya berkuatkuasa serta-merta.

Uber di Filipina, yang mempunyai 30,000 pemandu aktif setakat Julai 2017 berkata pihaknya telah menerima arahan tersebut dan akan mengemas kini senarai pemandu-pemandunya secepat mungkin.

Sumber : Rappler.com

LTRB dan Perkhidmatan Kenderaan Jaringan Pengangkutan (TNVS), nama rasmi bagi penyedia perkhidmatan aplikasi kereta tumpang di Filipina, mempunyai beberapa percanggahan berhubung peraturan-peraturan yang diperkenalkan. Pada bulan lepas, LTFRB menuduh Uber dan Grab menerima kereta-kereta baru meskipun dikenakan larangan untuk menyelesaikan tunggakan permohonan.


Dapatkan Buku Best-Seller Di PBAKL17 Yang Lalu Dengan Harga Istimewa Hanya Di Daulah Online Bookstore!


Larangan itu kali pertama dibuat pada Julai 2016, setahun selepas Filipina menjadi salah satu negara pertama di Asia yang meluluskan perkhidmatan kereta tumpang sebagai kemudahan awam.

Berhubung penggantungan yang dibuat, LTRFB menuduh Uber mencabar had peraturan yang saksama sehingga menimbulkan ketidakadilan bagi servis pengangkutan yang lain seperti teksi, bas dan juga bas-bas mini tempatan.

Setiausaha Jabatan Pengangkutan Filipina, Arthur Tugade melaporkan pada bulan lepas bahawa kurang 10% daripada 50,000 kereta di bawah Uber dan Grab mempunyai permit yang sah. Pegawai-pegawai daripada TNVS turut menegaskan bahawa permintaan untuk perkhidmatan mereka sudah meningkat dan ramai pemandu hanyalah bekerja separuh masa.​

Sumber : Cheat Sheet

Persemukaan di antara pengawal-pengawa selia dan TNVS telah mendorong kepada penyiasatan kongres yang menggesa penggubal undang-undang untuk mengkaji semula syarat kelulusan bagi kereta Uber mendapatkan francais individu sama seperti pengangkutan awam yang lain contohnya teksi dan bas.

Grab dan Uber menjadi pilihan ramai pengguna di Metro Manila di mana pemandu-pemandu teksi seringkali meletakkan caj yang lebih mahal untuk jarak perjalanan jauh serta tidak menerima pelanggan sekiranya mereka tidak bersetuju dengan caj yang dikenakan.


Sumber : Cliff Venzon, Nikkei Asian Review

Facebook Comments

Loading...