Buku Never Give Up : Jack Ma in His Own Words ini mempersembahkan lebih daripada 200 kata-kata hikmah, tips dan nasihat daripada ‘bilionaire’ terkenal dunia iaitu Jack Ma.

Kata-kata hikmah ini merangkumi pelbagai aspek dalam bidang bisnes termasuklah nilai-nilai bisnes, inovasi, keusahawanan, persaingan, pengurusan, kerjasama berpasukan serta kehidupan.


Dapatkan Buku Never Give Up : Jack Ma in His Own Words Ini Dengan Diskaun 25% Hanya Di Daulah Online Bookstore!


Bukan itu sahaja, buku ini turut meneroka perspektif minda Jack Ma sebagai seorang hartawan dan ikon bisnes moden.

Jack Ma merupakan pengasas kepada Alibaba Group, sebuah syarikat gergasi dalam sektor e-dagang dunia bisnes. Sejak Alibaba.com memecah tembok e-dagang dunia pada sekitar 2014, nama Jack Ma menjadi sebutan.

Pada tahun 2014 sahaja, jumlah transaksi atas talian Alibaba mencapai jumlah USD 248 bilion, lebih daripada jumlah yang diperolehi oleh Amazon dan eBay.

Tambahan pula, beliau merupakan usahawan pertama dari negara China yang muncul di paparan muka depan majalah Forbes. Jack Ma kini merupakan orang kedua terkaya di China dengan jumlah kekayaan dianggarkan sebanyak USD 29 billion.

Segala kata-kata hikmah, tips dan nasihat Jack Ma ini dibahagikan kepada 16 buah bab. Perincian setiap bab adalah seperti berikut:

BACA JUGA :   Gajet-Gajet Original Apple Kini Sudah Mula Dijual Di Lazada

Bab 1 : Peribadi

Bab 2: Prinsip Perniagaan

Bab 3: Alibaba dan Usaha Niaga Lain

Bab 4: Kepimpinan

Bab 5: Kejayaan dan Kegagalan

Bab 6: Persaingan

Bab 7: Wang, Pelaburan dan Nilai

Bab 8: Keusahawanan dan Inovasi


Dapatkan Buku Never Give Up : Jack Ma in His Own Words Ini Dengan Diskaun 25% Hanya Di Daulah Online Bookstore!


Bab 9: Pemasaran dan Media

Bab 10: Internet, E-Dagang dan Perdagangan Global

Bab 11: Alam Sekitar dan Dermawan

Bab 12: Pelajaran Kehidupan

Bab 13: Peristiwa Penting

Bab 14: Sumber Petikan

Bab 15: Penghargaan

Bab 16: Mengenai Editor

Buku ini ternyata sangat bagus kerana ianya memberikan sumber inspirasi kepada individu yang ingin menceburkan diri dalam bidang bisnes. Memasuki dunia bisnes yang serba mencabar memang mudah, tetapi untuk kekal bersaing di dalamnya memerlukan sesuatu yang istimewa di dalam minda, dan itulah yang dikongsikan oleh Jack Ma di dalam buku ini.

Apa yang lebih menarik lagi, Ma turut menceritakan pengalaman semasa beliau mula-mula membangunkan perniagannya. Pada masa itu, beliau hanyalah seorang bekas guru Bahasa Inggeris dan langsung tidak tahu apa-apa tentang sistem coding. Bagaimana langkah-langkah beliau menubuhkan Alibaba juga dikongsi dalam buku ini.

BACA JUGA :   Perang Dingin Amazon Dan Alibaba Di Asia Tenggara, Siapa Akan Menang ?

Semua kata-kata hikmah disusun dengan sangat kemas dan ini memudahkan para pembaca untuk beralih daripada satu muka surat ke muka surat yang lain. Selain itu, gaya tulisan juga bervariasi tidak akan membuatkan pembaca berasa bosan tatkala membacanya.

Tambahan pula, setiap perincian sumber kata-kata Jack Ma juga dipaparkan bagi memudahkan para pembaca untuk membuat rujukan.


Dapatkan Buku Never Give Up : Jack Ma in His Own Words Ini Dengan Diskaun 25% Hanya Di Daulah Online Bookstore!


Justeru, buku ini amatlah disarankan kepada sesiapa yang ingin mencari ilham dan inspirasi bukan sahaja dalam bidang bisnes tetapi juga dalam memajukan diri dalam kehidupan seharian. Kesemua kata-kata hikmah beliau ini diambil daripada sesi beliau ditemuduga dan juga bersama media.

Anda tidak perlu risau kerana kandungan buku ini telah diterjemah kedalam Bahasa Melayu. Ayuh, jangan lepaskan peluang untuk meneroka visi dan misi salah seorang tokoh usahawan yang paling berjaya dalam dunia ini.

Anda boleh dapatkan buku Never Give Up : Jack Ma In His Own Words secara eksklusif dengan diskaun 25% hanya di Daulah Online Bookstore. Dapatkan sebelum terlambat kerana stok adalah terhad.

Facebook Comments