Sumber foto : Express.co.uk

Pemakaian Henna Hitam Bawa Padah

Percutian seorang kanak-kanak wanita berusia 7 tahun, Madison Guliver bersama keluarganya ke Mesir berubah menjadi mimpi ngeri apabila henna hitam yang dipakainya telah mengakibatkan tangannya menjadi cacat.

Henna Hitam
Sumber foto : Express.co.uk

Semasa bercuti di Mesir, dia telah pergi ke salon di sebuah hotel dan cuba mengenakan henna bercorak hitam pada tangannya. Tidak lama selepas itu, dia mengadu tangannya mula berasa gatal. Pada mulanya, dia tidak menghiraukan rasa gatal itu kerana menganggap itu adalah gatal yang biasa-biasa sahaja.

Dengan tiba-tiba corak henna tersebut mula membuatkan tangannya melecur dan dipenuhi bintik-bintik air. Setelah dikejarkan ke hospital, kesan-kesan melecur itu terpaksa dirawat oleh unit pakar. Menurut laporan Metro.co.uk, insiden itu telah meninggalkan kesan parut kekal pada tangannya.

BACA JUGA :   Ujian Pernafasan Kesan COVID-19 di Singapura.
Henna Hitam
Sumber foto : Express.co.uk

Doktor yang merawat Madison hanya memberikan krim steroid pada awalnya. Namun apabila kesan melecur mula melibatkan jarinya, dia dipindahkan kepada unit kebakaran pakar.

Menurut bapanya, Martin Gulliver berkata, “Kami mula panik. Kejadian sebegini belum pernah terjadi di sana sebelum ini. Mereka yang merawatnya telah mencuba bermacam-macam cara namun keadaannya semakin teruk.”

Kanak-kanak itu kini harus memakai pembalut tekanan (pressure bandage) sekurang-kurangnya enam bulan untuk mengurangkan kesan parut pada tangannya.

Henna Hitam
Sumber foto : Good Housekeeping

Tatu henna hitam mengandungi paraphenylenediamine kimia toksik (PPD) yang sangat tinggi yang boleh menyebabkan reaksi hipersensitif kepada sesetengah orang. Pihak perubatan tidak menggalakkan pemakaian henna hitam di salon-salon kecantikan kerana berlaku banyak kes di mana bahan kimia tersebut dicampur bagi mengekalkan kesan henna yang lebih lama.

BACA JUGA :   5 Hidangan Makanan Bantu Penyakit Migrain
Henna Hitam
Sumber foto : Khaleejtimes.com

Langkah berjaga-jaga kini diamalkan di Dubai dan pihak Majlis Perbandaran telah memberi amaran kepada salon untuk tidak menggunakan henna hitam dan akan hitam didenda Dh2,000 sekiranya melanggar amaran tersebut.

Teruskan layari Deenamik.com dan like FB page Deenamik untuk dapatkan info-info terkini serta isu-isu viral dari dalam dan luar negara.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Dapatkan Buku Best-Seller PBAKL17 Dengan Diskaun Sehingga 35% Hanya Di Daulah Online Bookstore!

Daulah.com

Sumber :

Khaleej Times
Express.co.uk

Facebook Comments

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here