Seperti yang anda tahu, Instagram merupakan sebuah perkhidmatan perkongsian foto dan rangkaian sosial secara dalam talian (online) .

Baiklah, di sini saya akan berkongsi trick untuk upload gambar di Instagram menggunakan komputer tanpa sebarang software tambahan. Kita hanya menggunakan browser Chrome saja.

Berikut merupakan langkah-langkah untuk upload gambar di Instagram menggunakan komputer (beserta gambar).

 
Pertama: Pergi ke www.instagram.com dan login menggunakan akaun anda.

 
Kedua: Paparan skrin adalah seperti gambar di bawah. Menggunakan mouse anda, tekan right-click di mana-mana bahagian dan pilih “Inspect Element(Shortcut: Ctrl+Shift+I)

 
Ketiga: Paparan skrin seterusnya adalah seperti gambar di bawah. Klik pada simbol handphone di bahagian atas seperti yang ditunjukkan di gambar.

 
Keempat: Pastikan paparan skrin anda adalah seperti berikut. Jika bahagian yang dipetakkan tidak muncul, anda perlu Refresh (Shortcut: F5 atau Ctrl+R) semula skrin anda.

 
Kelima: Klik pada simbol kamera di bahagian bawah skrin.

 
Keenam: Tekan bahagian “Custom Files” dan pilih “All Files” untuk paparkan semua format gambar (.jpg,.png,etc).

 
Ketujuh: Sekiranya gambar yang di pilih tidak keluar, tekan semula simbol kamera dan pilih gambar sekali lagi. Di paparan berikutnya, anda boleh set semula saiz gambar dan setelah selesai, tekan “Next“.

 
Kelapan: Tulis caption anda dan add location jika perlu. Tekan “Share” sekiranya sudah selesai.

BACA JUGA :   Sokong Perniagaan Tempatan Melalui Media Sosial

 

Ok, selesai langkah-langkah untuk upload gambar di Instagram menggunakan komputer. Mudah kan?

Sebelum saya terlupa, anda hanya boleh upload satu gambar saja. Dan langkah tersebut hanya untuk upload gambar, video tak boleh ye.

Itu saja dari saya untuk pembelajaran kali ini. Tekan “Subscribe” dan nantikan tutorial-tutorial menarik dari saya di masa akan datang.

Facebook Comments