Apa sudah jadi dengan remaja-remaja kita zaman sekarang ? Muda-muda lagi sudah pandai bermain dengan najis dadah.

Jumlah penagih dadah dalam kalangan pelajar semakin meruncing dengan 1,256 pelajar dikesan terjerumus dengan musuh nombor satu negara itu pada enam bulan bulan pertama tahun ini, menurut statistik yang dikeluarkan oleh Agensi Anti-Dadah Kebangsaan (AADK).

Pengarah Bahagian Pencegahan AADK, Abdul Rahman Hamid menjelaskan bahawa jumlah tersebut diperolehi menerusi ujian air kencing yang dijalankan di sekolah-sekolah.

Dadah
Sumber foto : Sinar Harian

“Situasi ini masih terkawal namun isu ini tidak boleh dipandang sebelah mata kerana jumlahnya makin meningkat setiap tahun”, ujar beliau.

“Pelajar-pelajar ini masih baru terjebak dengan dadah”, jelasnya lagi setelah majlis menandatangani Nota Kesedaran antara AADK Negeri Sembilan dengan Kolej Cosmopoint Seremban semalam. Turut hadir adalah Pengarah AADK Negeri Sembilan iaitu Ismail Ahmad Khairi.


Jom Kunjungi Daulah Online Bookstore, Kedai Buku Online Yang Menawarkan Harga Buku Termurah Di Malaysia!

Abdul Rahman menegaskan bahawa AADK sedang menjalinkan kerjasama dengan Kementerian Pendidikan bagi membendung gejala tidak sihat ini terutamanya di bangku sekolah.

Dadah

Pelajar- pelajar yang didapati positif dadah telah ditempatkan di bawwah program ‘Sayangi Hidup Elak Derita Selamanya (SHIELDS)’ and Program Intelek Asuhan Rohani (Pintar).

Para pelajar ditempatkan di bawah Program SHIELDS. Kredit foto : AADK Labuan

Mengikut rekod, Kedah mencatatkan jumlah penagih dadah yang tertinggi dalam kalangan pelajar, diikuti oleh Kelantan. Seramai 337 pelajar di IPTA dan IPTS juga didapati positif dadah dalam enam bulan pertama tahun ini.

Perkara ini perlu diambil serius oleh semua pihak. Para belia ini lah yang akan membentuk masa depan negara kita suatu hari nanti. Semestinya kita tidak mahu masa depan negara kita punah disebabkan najis dadah yang jijik ini.

Justeru, semua pihak digesa memainkan peranan masing-masing dengan penuh efisien. Pihak ibu bapa terutamanya janganlah hanya menuding jari sehingga terleka dalam memantau aktiviti anak-anak di rumah.

Dadah

 


Jom Kunjungi Daulah Online Bookstore, Kedai Buku Online Yang Menawarkan Harga Buku Termurah Di Malaysia!

Sumber :

BERNAMA

 

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here