Puisi. Satu tradisi dan budaya yang semakin dilupakan oleh rata-rata rakyat Malaysia. Sebahagian besar daripada kita hanya mengambil kisah tentang puisi ini di bangku sekolah, itupun kerana puisi adalah sebahagian daripada sukatan pelajaran.

Setelah alam persekolahan tamat, puisi tidak lagi diendahkan melainkan anda mengambil jurusan Bahasa Melayu di institut pengajian tinggi.


Jom Membeli Buku Di Daulah Online Bookstore, Kedai Buku Online Yang Menawarkan Harga Termurah Di Malaysia!


Tidak dinafikan, tidak semua puisi adalah mudah untuk dihadam. Meskipun puisi kaya dengan gaya bahasa dan senikata indah yang diwarisi sejak turun-temurun, memahami puisi tidak semudah membaca ABC.

“Ada sebilangan puisi yang mesejnya perlu dibaca dengan hati, bukan di mulut semata-mata”.

Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa membaca puisi ini sebenarnya mempunyai pelbagai manfaat kepada bahagian otak kita (neurological impacts). Perkara ini sudahpun dibuktikan menerusi kajian sains.

Terbukti bahawa puisi bukanlah hanya ungkapan kosong, tetapi turut bermanfaat kepada kesihatan.

Tanpa celoteh panjang, ayuh kita rungkai manfaat-manfaat membaca puisi ini;

Otak Secara Semulajadinya Tertarik Dengan Puisi ?

Penemuan baru mendedahkan bahawa kadar degupan jantung bagi fetus meningkat apabila mereka mendengar ibu mereka mendendangkan puisi. Fenomena ini berlaku sedangkan bayi di dalam kandungan itu tidak tahu apa-apa tentang puisi.

Ini menimbulkan tanda tanya adakah minda manusia sememangnya mempunyai satu fungsi spesifik untuk bertindak balas terhadap puisi. Kajian di bawah menerangkan perkara ini dengan lebih lanjut

Satu kajian pada tahun 2017 ini menemui keputusan yang luar biasa. Terdapat satu bahasa tradisi Welsh bernamacynghanedd yang mempunyai hukum tatabahasa yang sangat ketat mengenai struktur ayat dan ritma dalam satu baris.

Untuk kajian ini, para sukarelawan yang berbahasa Welsh tetapi langsung tidak tahu tentang bahasa cynghanedd telah diambil sebagai responden. Setelah bahasa cynghanedd diterangkan kepada mereka, mereka diminta untuk membaca sajak dalam bahasa tersebut.

Ada yang membacanya mengikut hukum tatabahasa dan ada juga yang melanggarnya.

Menurut pemerhatian, apabila ayat yang dibaca itu mengikut tatabahasa dengan betul, para sukarelawan merasakan puisi yang dibaca itu kedengaran indah bagi mereka. Tambahan pula, ayat-ayat yang dilafazkan seakan-akan memberi ketenangan kepada minda dan jiwa mereka.


Jom Membeli Buku Di Daulah Online Bookstore, Kedai Buku Online Yang Menawarkan Harga Termurah Di Malaysia!


Sebaliknya, puisi yang dibaca dengan melanggar tatabahasa pula tidak memberikan sebarang perasaan indah bagi pembacanya. Mereka berasa tidak tenteram ditambah dengan minda menjadi semakin bercelaru.

Ini jelas membuktikan bahawa manusia cenderung untuk menyukai susunan dan corak yang dipamerkan melalui ungkapan bahasa meskipun individu itu bukanlah seorang yang arif dalam bidang sastera. Konsep ini selari dengan mengapa manusia menggemari lirik lagu rap yang rancak.

Otak Memproses Puisi Sama Seperti Muzik

Kajian yang dijalankan oleh University of Exeter pada tahun 2013 telah menemui satu keputusan yang menggemparkan.

Hasil menunjukkan terdapat beberapa persamaan besar mengenai cara otak manusia memproses muzik dan juga puisi. Persamaan ini secara spesifiknya merujuk tentang bagaimana muzik menghasilkan tindak balas emosi yang serius dengan mencetuskan aktiviti dalam pusat emosi otak.

Bukan sahaja muzik, malah penulisan yang memerlukan penghayatan emosi seperti puisi juga menunjukkan keputusan yang sama.

Menurut pemerhatian terhadap responden, mereka menunjukkan rangsangan emosi yang kuat terhadap puisi yang dirasakan indah. Ini telah mengaktifkan bahagian yang sama di dalam otak yang turut bertindak balas terhadap muzik.

Rangsangan emosi inilah yang boleh meningkatkan tahap kreativiti serta menambah konsentrasi. Bukan itu sahaja, pembacanya akan turut mempunyai perasaan empati yang tinggi. Ini sangat membantu dalam meningkatkan kemahiran berinteraksi dan juga pergaulan dengan orang sekeliling.

Namun begitu, harus diingat bahawa suara yang terlalu kuat juga boleh menganggu proses tindak balas ini. Yang terbaik adalah suara yang medium iaitu tidak terlalu perlahan ataupun terlalu kuat.

Uniknya, bahagian otak ini tidak menunjukkan respon yang sama apabila mereka didedahkan dengan penulisan jenis lain. Hanyalah puisi sahaja.

“Tidak dinafikan, tidak semua puisi adalah mudah untuk dihadam”.

Natijahnya, keindahan yang dicari dalam membaca dan menghayati puisi adalah terletak kepada cara individu menilai karya puisi tersebut.


Jom Membeli Buku Di Daulah Online Bookstore, Kedai Buku Online Yang Menawarkan Harga Termurah Di Malaysia!


Tidak semua individu mempunyai minat yang sama dalam puisi. Ada sesetengah daripada kita menyukai puisi yang tegas, bermelodi lembut, mempunyai ritma yang seragam dan sebagainya.

Sama ada tidak balas tersebut berlaku secara semulajadi ataupun puisi secara saintifiknya boleh merangsang minda, ianya masih menjadi tanda tanya. Apa-apapun, membaca puisi telah terbukti memberikan kesan yang positif kepada otak dan minda.

_______________________________________________________

Sumber : Bustle Books

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here