Cetus Kontroversi, Buku Mengenai Nelson Mandela Ini Ditarik Balik Selepas Seminggu Diterbitkan

89

Hanya seminggu selepas berada di pasaran, buku terbaru tentang Nelson Mandela ini telah ditarik balik penerbitannya di atas permintaan balu Nelson Mandela sendiri iaitu Graca Machel. Buku yang bertajuk Mandela’s Last Years itu ditulis oleh Vejay Ramlakan, bekas doktor Nelson Mandela.

Antara sebab utama Machel mengarahkan buku itu ditarik balik pengeluarannya adalah kerana buku itu mendedahkan rahsia dan perbalahan dalaman di antara ahli keluarga Nelson Mandela semasa di hujung hayatnya.

Beliau merasakan bahawa perkara itu adalah bersifat peribadi justeru tidak wajar didedahkan kepada orang awam.


Dapatkan Buku Idaman Anda Serendah RM3 Hanya Di Daulah Online Bookstore!


Lantaran daripada itu, syarikat yang menerbitkan buku itu iatu Penguin Random House telah menghentikan jualan buku itu di pasaran secara serta merta namun tidak mahu mendedahkan berapakah jumlah buku itu yang telah terjual.

Menurut penerbit, buku tersebut diterbitkan dengan tujuan untuk memaparkan keberanian dan ketabahan Nelson Mandela di penghujung hayatnya dan langsung tidak berniat untuk memburukkan nama tokoh tersebut.

“buku itu bukan sahaja mencetuskan kemarahan balu Nelson Mandela tetapi juga daripada cucunya iaitu Mandla Mandela”

Walaupun pengarangnya mengesahkan bahawa keluarga Mandela telah memberikan kebenaran menerbitkan buku itu, namun Machel mendakwa pihak penerbit langsung tidak berhubung dengannnya.

Beliau bertegas akan mengambil tindakan undang-undang sekiranya penjualan buku itu tidak dihentikan dengan segera.


Dapatkan Buku Idaman Anda Serendah RM3 Hanya Di Daulah Online Bookstore!


Nelson Mandela merupakan seorang aktivis dan bekas presiden Afrika Selatan. Beliau telah berjasa dalam menghapuskan dasar apartheid dan merupakan ikon dalam menuntut keadilan hak asasi manusia.

Sumber : Los Angeles Times

Kerana aktiviti politiknya, Mandela telah dipenjarakan selama kira-kira 30 tahun. Setelah dibebaskan pada tahun 1990, beliau terlibat dalam menghapuskan dasar apartheid dan telah menjadi presiden kulit gelap pertama Afrika Selatan pada tahun 1994.

“Satu isu yang mencetuskan kontoversi adalah Ramlakan yang telah melanggar kepercayaan yang diberikan kepadanya sebagai seorang doktor”

Setelah bersara dari dunia politik pada tahun 1999, beliau banyak memperjuangkan keamanan dan keadilan sosial di negaranya dan juga di seluruh dunia.

Beliau meninggal pada tahun 2013 ketika berusia 95 tahun.

Satu isu yang mencetuskan kontoversi adalah Ramlakan yang telah melanggar kepercayaan yang diberikan kepadanya sebagai seorang doktor dengan mendedahkan maklumat sulit pesakitnya dalam menulis buku Mandela’s Last Years itu.

Vejay Ramlakan merupakan seorang pakar bedah yang pernah berkhidmat sebagai Anggota Pertahanan Kebangsaan Afrika Selatan. Beliau telah ditugaskan untuk memantau kesihatan Mandela apabila bekas presiden itu dimasukkan ke hospital pada tahun 2013.

Penulis buku ini, Dr. Vejay Ramlakan

Machel ternyata sangat berang di atas tindakan Ramlakan yang mendedahkan butiran peribadi tentang pengakhiran hidup Nelson Mandela.

Ramlakan menjelaskan bahawa niatnya menulis buku tersebut adalah untuk memberi penghormatan kepada Mandela yang disifatkannya seorang yang tabah dalam menjalani hari-hari terakhirnya walaupun dibelenggu masalah kesihatan.


Dapatkan Buku Idaman Anda Serendah RM3 Hanya Di Daulah Online Bookstore!


Tambahan pula, buku itu bukan sahaja mencetuskan kemarahan balu Nelson Mandela tetapi juga daripada cucunya iaitu Mandla Mandela. Justeru, pihak penerbit akur bahawa naskhah Mandela’s Last Years tidak akan dijual lagi di pasaran.

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here