Menerbitkan buku sememangnya menjanjikan pulangan yang sangat lumayan. Bukan sahaja mendapat ganjaran wang ringgit, menulis buku juga merupakan satu medium bagi para penulis untuk memberi inspirasi dan membuka mata para pembacanya dengan mesej-mesej yang diutarakan dalam sesebuah buku.

Meskipun begitu, menulis buku bukanlah semudah menggerakkan pen di atas kertas. Tidak ramai yang tahu tentang proses-proses yang perlu dilalui oleh penulis sebelum menerbitkan buku-buku mereka.

Justeru, artikel ini akan memberi pencerahan kepada anda mengenai proses menerbitkan buku ini.

1. Memilih Topik

Pertamanya, anda harus memilih topik yang ingin ditulis dalam buku anda. Tidak dinafikan, ini merupakan perkara yang sukar untuk dilakukan walaupun nampak mudah.

Ada berbagai-bagai topik yang sering muncul dalam fikiran para penulis namun menzahirkannya di atas kertas tidaklah semudah yang disangka. Topik yang dipilih ini akan menjadi permulaan dan tema kepada setiap isi yang akan dibincangkan kemudian. Jika jelas dan padu topiknya, maka mantaplah isinya.


Anda Terlepas Untuk Ke PBAKL17 Yang Lalu ? Jangan Risau, Dapatkan Buku Best-Seller PBAKL17 Dengan Harga Istimewa Hanya Di Daulah Online Bookstore!


Umumnya, terdapat beberapa jenis topik yang boleh dipilih bergantung kepada penulis. Ada sebahagian penulis yang gemar menjadikan kisah hidup mereka sebagai sebuah cerita, berkongsi tips dalam apa-apa bidang, cerita novel dan banyak lagi.

“Menulis buku juga merupakan satu medium bagi para penulis untuk memberi inspirasi dan membuka mata para pembacanya”

Sebaiknya, anda harus mengkaji terlebih dahulu topik manakah yang sering mendapat sambutan di kalangan para pembaca. Ini bagi memastikan buku karya anda mendapat sambutan yang hebat.

2. Menulis

Setelah topik dan tema bagi buku anda itu dipilih, anda sudah boleh mula menulis. Terdapat beberapa proses yang harus diikut dalam menulis bagi mendapatkan hasil yang terbaik.

Contohnya, menulis cetusan idea, draf pertama, draf kedua dan sebagainya. Boleh djamin 100% bahawa akan ada pembetulan yang harus dilakukan kepada draf-draf anda, dan sebab itulah mereka dipanggil sebagai draf.

Anda harus sentiasa menulis dengan konsisten bagi memastikan garis masa penerbitan buku anda dapat dipatuhi mengikut jadual yang telah ditetapkan. Setelah proses-proses ini dilalui, anda akan berjaya mendapatkan hasil akhir (manuskrip).

3. Edit Manuskrip

Untuk bahagian ini, adalah sangat digalakkan untuk anda mendapatkan khidmat editor yang bertauliah untuk menyemak hasil tulisan anda sebelum diterbitkan.

Dalam menulis, kadang-kala minda kita menjadi terkongkong sehingga kita terlepas pandang akan kesilapan-kesilapan yang dilakukan dalam penulisan.


Anda Terlepas Untuk Ke PBAKL17 Yang Lalu ? Jangan Risau, Dapatkan Buku Best-Seller PBAKL17 Dengan Harga Istimewa Hanya Di Daulah Online Bookstore!


Di sinilah pentingya menggunakan khidmat editor yang akan memperbetulkan sebarang kesalahan dan memastikan manuskrip anda mengikut spesifikasi yang sepatutnya.

4. Design Cover Buku

Sekiranya anda mahu menerbitkan buku melalui syarikat penerbitan, maka anda tidak perlu risau kerana kebiasannya mereka yang akan menguruskan lakaran cover page buku anda.

Namun, jika anda bercadang untuk menerbitkan secara sendiri (self-publishing), anda mungkin perlu mendapatkan khidmat pereka grafik profesional.

“Menulis buku bukanlah semudah menggerakkan pen di atas kertas”.

Lakaran cover buku yang menarik akan memainkan peranan yang sangat penting dalam menarik pembeli untuk membeli buku anda. Itulah perkara pertama yang akan dinilai oleh pembeli di mana-mana kedai buku sekalipun.

Jadi, pastikan design cover buku anda itu cukup menarik. Sertakan sekali ayat yang menarik di cover belakang buku bagi mendorong orang ramai untuk terpikat dengan buku anda.

5. Format Buku

Proses formatting manuskrip ini sangat memenatkan dan memakan masa yang banyak. Secara asasnya, anda perlu meneliti setiap helaian muka surat agar cetakan buku itu tersusun kemas apabila dicetak nanti.

Sekali lagi, amat digalakkan untuk anda mendapatkan khidmat daripada mereka yang pakar dalam perihal formatting ini. Jenis-jenis formatting ini berbeza mengikut kehendak syarikat penerbitan.

Anda juga harus sentiasa berhubung dengan syarikat penerbitan kerana proses ini selalunya melibatkan banyak perubahan.

6. Menerbitkan Buku

Sumber : Rachelcoker.wordpress

Sesudah semuanya selesai, kini tibalah ke saat yang ditunggu-tunggu. Anda sudah boleh mencetak dan menerbitkan buku-buku anda.

Bagi yang menerbitkan buku dengan syarikat penerbitan, anda tidak perlu risau kerana mereka yang akan menguruskan proses percetakan.

Untuk yang menerbitkan secara self-publishing, dinasihatkan anda mencetak buku mengikut jumlah permintaan dari semasa ke semasa bagi mengelakkan berlaku pembaziran.

Selain itu, anda juga dapat menjimatkan ruang kerana semestinya anda memerlukan ruang yang luas untuk menempatkan semua buku anda.

7. Mempromosikan Buku

Setelah buku diterbitkan, anda janganlah hanya goyang kaki menunggu duit masuk. Sebaiknya, lakukan kerja-kerja mempromosi buku anda sebanyak mana yang anda mampu.

“Menerbitkan buku sememangnya menjanjikan pulangan yang sangat lumayan”.

Gunakan medium seperti media sosial dan iklan dengan sebaik mungkin untuk menarik orang ramai supaya membeli buku anda.


Anda Terlepas Untuk Ke PBAKL17 Yang Lalu ? Jangan Risau, Dapatkan Buku Best-Seller PBAKL17 Dengan Harga Istimewa Hanya Di Daulah Online Bookstore!


Inilah proses-proses yang lazimnya perlu dilalui sebelum anda menerbitkan buku. Meskipun prosesnya agak rumit, namun semuanya pasti akan berbaloi setelah buku anda terjual di pasaran.

Harus diingat, kita semua adalah manusia dan manusia itu sifatnya tidak sempurna. Pasti akan ada pembaca yang memberi feedback positif dan negatif.

Akhir kata, gunakan komen yang positif untuk kekal menjadi penulis yang baik dan ambil komen yang negatif untuk mantapkan penulisan pada masa yang akan datang.

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here