Buku Pelukis Jalanan Karya Teme Abdullah Ini Ternyata Sarat Dengan Inspirasi

0
4817

Buku Pelukis Jalanan mengisahkah pengalaman penulis, iaitu Teme Abdullah yang menyambung pelajarannya di salah sebuah universiti di London, United Kingdom selepas tamat A-Level. Pada asalnya, Teme mendapat biasiswa untuk ke luar negara tetapi biasiswanya itu ditarik gara-gara keputusan A-Level yang tidak memberangsangkan.

Namun begitu, beliau tidak berputus asa dan menyambung pelajaran di United Kingdom dalam bidang ‘architecture’ menggunakan duit biayanya sendiri.

Bertitik tolak daripada itu, bermulalah kisah hidup Teme di bumi London yang penuh dengan cabaran dan pancaroba. Beliau terpaksa mengorbankan masa lapangnya dengan bekerja di sebuah restoran ‘ fast food ‘ untuk mencari pendapatan sampingan bagi mengisi perut dan duit poketnya.

Pelukis Jalanan
Sumber : The Telegraph

Kadangkala, terpaksa juga Teme mengikat perut akibat daripada kekurangan biaya kerana wangnya habis digunakan bagi membayar yuran pelajarannya yang mencecah lebih RM80 ribu bagi satu semester. Mana tidaknya, selepas mengorek kesemua sumber wangnya, tiada sesen wang yang tinggal dalam dompet beliau.

Tambahan pula, kos sara hidup di United Kingdom adalah sangat tinggi, sangat berbeza jika dibandingkan dengan negara Malaysia.

Buku ini turut menyentuh kehidupan Teme di dalam universiti dimana dia dikhianati oleh rakan sekelasnya. Salah seorang rakannya itu telah melakukan sabotaj ke atas Teme ketika penghantaran tugasan berkumpulan yang boleh mengakibatkan Teme perlu mengikuti kelas sambungan pada musim panas.

BACA JUGA :   Daulah Online Bookstore Tawarkan Buku-Buku Bestseller Dengan Harga Termurah Di Malaysia!

Dapatkan Buku ‘Pelukis Jalanan’ Ini Dengan Harga 30% Diskaun Hanya Di Daulah Online Bookstore!

Terdapat juga peristiwa di mana Teme terpaksa memberikan ayam goreng kepada seorang lelaki ‘ homeless ’ kerana kasihan akan nasib lelaki itu yang dirasakan jauh lebih susah darinya.

Detik-detik kebangkitan hidup Teme hadir apabila beliau mula menjual lukisannya di tepi Sungai Thames di ibu kota. Lukisan pertamanya itu terjual dengan harga 15 pound sterling. Saat itu menjadi pencetus kepada Teme untuk gigih menghasilkan lukisan sebagai salah satu sumber pendapatan.

Sejak daripada itu, Teme mula melukis pemandangan sekitar London semingu sekali dan akan ‘ mengupload ‘ lukisannya itu di laman sosial Instagram.

Pelukis Jalanan

Pelukis Jalanan

Meskipun jalan penceritaannya agak santai dan tidak kompleks, namun buku ini sarat dengan inspirasi dan pengajaran kepada individu-individu di luar sana. Kecekalan Teme yang ingin menuntut ilmu tanpa mahu membebankan kedua-dua orang tuanya sangat perlu dicontohi dan diambil iktibar.

Pengalaman beliau yang hanya makan nasi berlaukkan telur dan garam selama sebulan sudah cukup mengajar kita tentang peri pentingnya nilai tabah dan bersyukur dalam menempuhi segala ujian yang diturunkan Allah SWT.

Bermacam-macam pengorbanan yang harus dilakukan beliau. Namun, begitulah adat kehidupan, jikalau tiada pengorbanan masakan ada kejayaan.

BACA JUGA :   Review Buku Arkitek Jalanan, Buku Yang Paling Laris Di PBAKL17

Pelukis Jalanan

Selain itu, diselitkan juga kata-kata hikmah yang sangat berguna dan boleh dijadikan pedoman dalam kehidupan seharian. Antara kata pujangga yang diilhamkan penulis adalah;

“Jika diberi peluang berpatah balik masa, perbetulkan semuanya, mengelak kegagalan berlaku, dan hidup dengan selesa, aku akan memilih untuk tidak lakukannya. Kerana pengalaman inilah anugerah bernilai Allah kepada aku.”

” Ia kekal dongeng.. Jika engkau tidak mula berjalan”

“Jika terlihat kecantikan , Ingatlah Penciptanya”

“Daripada merungut tidak reti buat tona warna, tak reti lukis potret, tak reti lukis bangunan, tak reti lukis kartun, tangan tak bedung dan macam-macam lagi. Aku cadangkan kalian ambil pensel dan mula berlatih. Jangan cakap banyak.”

Bagi anda yang belum membaca buku ini, adalah sangat disarankan supaya anda membaca buku ini kerana anda akan dapati inspirasi dan motivasi daripada buku ini sudah pasti akan meninggalkan kesan yang mendalam dalam meniti kehidupan seharian anda.

Anda boleh dapatkan buku Pelukis Jalanan ini di www.daulah.com semestinya dengan harga diskaun yang cukup berbaloi. Stok adalah terhad!

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk artikel atau iklan anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here