Tasawuf Moden

Buku Tasawuf Moden merupakan sebuah karya dalam bidang tasawuf yang ditulis oleh al-Marhum Buya Hamka (1908-1981) atau nama penuhnya Syaikh Prof. Dr. Haji Abdul Malek bin Haji Abdul Karim bin Amrullah (HAMKA).

Beliau merupakan seorang ulama terkenal di Nusantara yang berasal dari Minangkabau, Sumatra Barat, Indonesia.

Karya ini asalnya ditulis oleh Hamka pertengahan tahun 30-an sebagai rencana bersiri dalam majalah Pedoman Masyarakat yang diterbitkan di Medan, dengan Hamka sendiri sebagai ketua pengarangnya.

“Meskipun buku ini telah lama dikarang berpuluh tahun yang lalu, namun isi kandungannya tetap relevan dengan kehidupan pada masa sekarang”

Setelah keseluruhan rencana tersebut selesai diterbitkan, atas permintaaan para pembaca Tasawuf Moden telah diterbitkan sebagai sebuah buku untuk pertama kali nya pada tahun 1939. Penerbitan kali pertama ini ternyata mendapat sambutan dari para pembaca sehingga diulang cetak beberapa kali dari sebuah penerbit di Medan.

Tasawuf Moden

Walaupun buku ini bertajuk ‘Tasawuf Moden’, namun isi buku ini tidaklah menjelaskan berbagai macam tarikat yang ada di dalam tasawuf atau sejarah panjang tasawuf dari era klasik yang kerap menimbulkan perdebatan di kalangan ahli fiqah.

Dapatkan Buku Tasawuf Moden Ini Dengan Diskaun 25% Hanya Di Daulah Online Bookstore!

Maksud tasawuf dalam buku ini adalah lebih memfokuskan kepada menghindarkan budi pekerti tercela dan mengamalkan budi pekerti yang terpuji.

“Dari satu sudut, cara penulisan Hamka ini seakan-akan sama dengan dengan cara penulisan Tuan Guru Nik Aziz”

Jadi, tasawuf digunakan sebagai instrumen bedah jiwa manusia, dengan penyakit yang ada di dalamnya sekaligus merawat, melihat perangai baik yang ada dan kemudian meningkatkannya dengan tujuan mendekatkan diri kepada Ilahi Rabbi.

Tasawuf Moden

Meskipun buku ini telah lama dikarang berpuluh tahun yang lalu, namun isi kandungannya tetap relevan dengan kehidupan pada masa sekarang. Topik yang dibicarakan tentang bahagia tidak pernah menemui penghujungnya.

Bila disebut tentang tasawuf, sebahagian besar masyarakat akan memahaminya sebagai hidup mengutamakan akhirat berbanding dunia. Kekayaan dijauhi dan kekuasaan diabaikan. Hidup adalah sepenuhnya untuk beribadah.

Membaca buku Tasawuf Moden ini menyedarkan kita mengenai hakikat tasawuf yang sebenarnya mempunyai skop yang sangat luas.

Buku ini mengandungi tiga belas bab. Setiap bab membahaskan tentang hakikat kebahagiaan. Dimana bahagia itu sendiri menjadi satu p erbincangan antara ahli falsafah, sasterawan hingga para nabi datang silih berganti di setiap zaman mengajarkan kebahagiaan menurut wahyu atau pengalaman kehidupan.

Dari satu sudut, cara penulisan Hamka ini seakan-akan sama dengan dengan cara penulisan Tuan Guru Nik Aziz. Ayat-ayat yang ditulis seolah-olah dia berada di hadapan anda dan berbicara lembut kepada.

Yang menarik lagi, Hamka menghuraikan dengan penuh mendalam mengenai teori bahagia bermula dari pendapat ahli falsafah termasuklah Al-Ghazali, ahli falsafah Barat seperti Aristotle, Tolstoy hingga pendapat Rasulullah, Nabi Muhammad SAW.

Satu sahaja yang kelihatan kurang dalam buku ini. Hadith-hadith yang dipaparkan tidak dijelaskan dari mana datang sumber-sumbernya. Seharusnya penerbit mengambil inisiatif untuk mencari dan meletakkan sumber-sumber tersebut bagi mengelakkan kekeliruan dan menyukarkan pembaca untuk membezakan antara hadis yang sahih dan juga hadis yang daif.

“Membaca buku Tasawuf Moden ini menyedarkan kita mengenai hakikat tasawuf yang sebenarnya mempunyai skop yang sangat luas”.

Sejujurnya, buku ini memang seharusnya dibaca kerana ianya merupakan kunci kepada kebahagiaan hati dan hidup yang tenteram mengikut jalan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.

Sesungguhnya hidup kita di dunia ini tidak lama, maka manfaatkanlah dengan membawa bekalan untuk hari akhirat kelak. Pastinya buku ini akan membimbing hati anda untuk terus melahirkan akhlak terpuji agar mendapat reda dari-Nya.

Anda boleh dapatkan buku Tasawuf Moden ini dengan harga yang cukup istimewa daripada Daulah Online Bookstore. Diskaun sebanyak 25% diberikan kepada buku ini. Stok adalah terhad. Jadi, dapatkan dengan segera sebelum anda terlambat dan harus menunggu stok baru sampai.

Harga Asal – RM 20.00

Harga Yang Ditawarkan Daulah Online Bookstore – RM 15.00

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk artikel atau iklan anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here