‘Surihati Encik Pembunuh‘ merupakan eksperimen terbaru Hilal Asyraf dalam menggunakan tajuk yang komersil dan sesuai dengan trend sekarang sebagai karyanya. Tidak dinafikan, terdapat lambakan novel yang menggunakan perkataan ‘ suamiku ’ mahupun ‘ surihati ‘ di luar sana.

Sehinggakan ada di kalangan pembaca yang tidak percaya bahawa novel ini adalah karya Hilal Asyraf, jika menilai dari judulnya.

Meskipun tajuk yang digunakan boleh dikatakan agak klise, tetapi kisah yang dipaparkan dalam novel ini ternyata bukanlah sebegitu. Hilal Asyraf memang terkenal dengan kepakarannya mengangkat sesuatu mesej dalam novel aksi bersifat thriller, dan ‘ Surihati Encik Pembunuh ‘ ini adalah karya agung yang menepati apa yang diharapkan daripada penulis ini.


Dapatkan Novel Surihati Encik Pembunuh Ini Dengan 25% Diskaun Hanya Di Daulah Online Bookstore!


Novel ini mengisahkan tentang seorang pembunuh handalan bernama Faisal yang terlibat dengan sebuah organisasi jahat iaitu ‘ Organisasi Hitam ‘ atau nama syarikatnya, BlackSky Property yang diketuai oleh Maximus dan Luke sebagai orang kanannya.

Di dalam organisasi itu, Faisal digelar sebagai Izrail kerana ketangkasannya dalam meragut nyawa manusia sasarannya. Mana tidaknya, lebih daripada 800 nyawa telah tumbang di tangan Faisal.

Tidak seperti pembunuh lain, Faisal ini punyai satu prinsip yang jelas dalam menjalankan misi membunuh nyawa yang telah diarahkan. Dia hanya akan membunuh orang yang tersenarai dalam kontrak sahaja.

Dia tidak akan membunuh kanak-kanak, wanita, orang tua dan orang awam yang tidak terlibat dalam dunia gelap. Setiap kontrak yang ditawarkan akan disemak dahulu sebelum diterima.

Namun, siapa dapat menyangka hidayah dari Allah itu turun kepada Faisal. Dia mula insaf akan dosa-dosa yang tidak terkira banyaknya. Dia cuba mencari jalan pulang, kembali kepada tuhan dan menjalani hidup normal seperti insan lain.

Dalam mencari jalan pulang itu, Faisal telah ditemukan dengan seorang surihati bernama Amirah yang dapat membimbingnya.

Dia benar-benar serius ingin menjadikan Amirah sebagai peneman hidupnya kerana perwatakan Amirah yang lemah lembut dan sangat menjaga agamanya. Faisal berharap dengan memilih Amirah, dia boleh meninggalkan kerja kotornya yang telah membunuh lebih daripada 800 manusia di muka bumi ini.

Faisal nekad untuk berubah dan menyatakan hasratnya untuk keluar daripada Organisasi Hitam kepada Maximus. Maximus berat untuk melepaskan namun akhirnya akur dengan keputusan Faisal. Dengan syarat, Faisal haruslah melaksanakan tugasan terakhir yang tidak pernah berani dilakukan oleh pembunuh lain sebelum ini.

Misi itu ternyata melibatkan pertarungan hidup dan mati yang sangat sengit. Boleh dikatakan misi terakhirnya itu adalah misi yang terhebat sepanjang kariernya sebagai seorang Izrail.

Maximus sebenarnya merancang sesuatu yang buruk buat Faisal dan seluruh Malaysia, tapi perancangannya disimpan kemas, tiada siapa yang tahu.

Faisal bersetuju dengan syarat tersebut. Dia juga melangsungkan perkahwinan dengan Amirah. Setelah mereka bernikah, Amirah banyak mengajar Faisal tentang agama. Sinar-sinar rahmat mula muncul dalam hidup Faisal.


Dapatkan Novel Surihati Encik Pembunuh Ini Dengan 25% Diskaun Hanya Di Daulah Online Bookstore!


Tanpa Faisal sangka, isterinya itu juga menyimpan seribu satu rahsia daripadanya. Rahsia apakah itu ? Di sinilah penulis mencetuskan konflik yang pastinya tidak disangka-sangka oleh para pembaca.

Apakah kesudahan kisah taubat Faisal yang ingin mencari jalan pulang setelah mengetahui rahsia Amirah ?

Hilal Asyraf

Sekilas pandang, jalan penceritaan yang disampaikan tidaklah terlalu berat dan memang mudah difahami ditambah pula dengan gaya cerita yang sangat licin dan tersusun. Elemen-elemen ‘ thrilling ‘ yang pastinya menegakkan bulu roma turut banyak disajikan.

Di samping itu, detik-detik cemas juga begitu kemas diolah oleh penulis sehinggakan jantung para pembaca boleh bertukar berdegup laju tanpa disedari.

Bagi anda yang gemarkan kejutan, novel ini memang sangat sempurna buat anda kerana banyak kejutan yang tidak disangka-sangka hadir terutamanya di peringkat konflik dan di akhir cerita.

Yang paling penting, mesej utama yang cuba diangkat oleh Hilal Asyraf menerusi novelnya ini ternyata sangat padu. Ramai di antara kita yang kurang sedar bahawa Allah SWT itu sangat pemurah dan Maha pengampun meskipun hamba-hambaNya itu sarat dengan dosa.

Tiada istilah sudah terlambat untuk bertaubat mencari jalan pulang selagi nyawa masih dikandung badan.

Pintu taubat sentiasa terbuka luas buat hambaNya yang bersungguh-sungguh menginsafi dosa dan inginkan kemaafan dari Sang Pencipta. Novel ini turut mengingatkan kita terhadap kisah yang diriwayatkan oleh Abu Said Al-Khudri RA tentang seorang lelaki yang telah membunuh 99 orang dan ingin bertaubat.

Lelaki itu kemudian meninggal dunia dalam perjalanannya ke sebuah kampung yang dipenuhi orang alim. Akhirnya, Allah SWT menempatkan lelaki itu di syurga atas kesungguhannya meminta ampun daripada Allah SWT.


Dapatkan Novel Surihati Encik Pembunuh Ini Dengan 25% Diskaun Hanya Di Daulah Online Bookstore!


Sudah semestinya, pengakhiran seseorang manusia itu sama ada ke syurga atau neraka itu adalah terletak di bawah kuasa Yang Maha Pemurah. Allah itu berkuasa menurunkan hidayah kepada sesiapa sahaja yang dikehendakiNya. Penulis berjaya menerapkan mesej ini dengan baik dalam karya beliau. Tahniah!

Anda boleh dapatkan novel Surihati Encik Pembunuh ini semestinya di www.Daulah.com. Di sini menawarkan diskaun dan harga istimewa yang anda pasti tidak akan dapat di tempat lain. Ayuh, dapatkan segera karya Hilal Asyraf ini dalam genggaman anda. Stok adalah terhad, jadi dapatkannya sebelum terlambat!

 

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here