Kerana Syurga Bukan Percuma

Buku ‘Kerana Syurga Bukan Percuma’ karya Najmi Fetih ini memaparkan kisah seorang insan bernama Khairul Rafeeq yang sedang mencari jalan serta kekuatan untuk berhijrah ke arah yang lebih baik.

Namun langit tidak selalunya cerah, perjalanan hidup Khai mencari syurga penuh dengan jatuh bangun serta hitam putih. Hidayah dari Tuhan telah sampai, namun hijrah itu tidaklah semudah yang disangka.

Khai harus menghadapi berbagai-bagai hinaan dan cabaran sebelum dia benar-benar diterima oleh masyarakat. Kuatkah Khai untuk menghadapi semua ini ?

“Kerna Syurga bukan percuma, sebab tu kita kena usaha”

Khai bernasib baik kerana perjalanan taubatnya dibantu oleh Abang Surau, itulah nama yang diberi sejak pertama kali dia bertemu dengan pemuda itu sebuah surau. Sejak daripada itu, persahabatan mereka menjadi semakin akrab. Persahabatan mereka ternyata sungguh indah dek tercipta kerana Allah SWT. Abang Surau mempunyai peribadi yang cukup mulia.

Tatkala Khai seakan-akan mahu berputus asa dengan hidayah yang diberikan kepadanya, di situlah Abang Surau sentiasa ada untuk menguatkan semangatnya mencari redha Allah.

Buku ini mengangkat mesej dakwah menerusi penceritaan yang sangat dekat dengan kehidupan seharian kita. Apabila membacanya, sangat mudah untuk kita relatekan dengan kita kerana perkara yang diperkatakan adalah benar dan rata-rata kita pernah berada dalam situasi tersebut.

Kadangkala, kita juga pernah melakukan perkara tersebut tanpa kita sedar. Kerana Syurga Bukan Percuma pasti akan membuatkan kita tersentuh dan mengingatkan kita tentang betapa lalainya kita dalam mengabdikan diri ke jalan Allah.

Adakah yang jahat akan terus dilabel sebagai jahat? Adakah yang jahat itu tiada peluang untuk berubah? Adakah manusia itu mendapat jawatan Tuhan sehingga mampu untuk menghakimi manusia yang lain?

Bagi yang belum pernah terdengar tentang buku ini, pasti ada yang menganggap bahawa cerita yang disampaikan adalah bersifat cliché. Tidak kurang juga, ada yang berfikir buku ini menceritakan tentang perkara-perkara mainstream seperti jahiliah, dakwah, ikhtilat dan sebagainya.

Sebenarnya semua tanggapan itu adalah salah sama sekali.

Pendekatan jalan cerita yang dekat dengan kehidupan para pembaca telah diambil oleh penulis. Dialog-dialog yang digunakan adalah seperti dialog seharian yang selalu kita gunakan

Sumber ; Pembina UPM

Gaya bahasa serta perkataan dalam buku ini juga sangat menarik. Ini membuatkan mesej yang ingin disampaikan penulis terus masuk ke dalam hati sesiapa sahaja yang membacanya.

Anda tidak perlu risau, ini bukan buku dakwah semata-mata yang buat anda mengantuk. Percayalah, sekali anda mula membaca buku ini, pasti anda akan jatuh cinta !

Yang paling penting, semangat ke arah perubahan dan ukhuwah yang dizahirkan melalui jalan cerita ini sedikit sebanyak akan bagi inspirasi dekat kita semua. Buku ini mengajak kita untuk makin kenal kelemahan kita dan kenal apakah tujuan kita hidup di muka bumi ini.

Mudah mudahan dengan membaca buku ini, kita pun akan menjadi lebih kuat untuk berhijrah ke arah yang lebih baik. Allahu yuftah ‘alaina.

Syurga bukan percuma. Tetapi percayalah,orang paling miskin dalam dunia ni pun boleh beli. Kerana harga bukan pada harta, tetapi pada taqwanya.

Daulah Online Bookstore menawarkan potongan harga eksklusif sebanyak 25% untuk buku Kerana Syurga Bukan Percuma. Apa tunggu lagi, dapatkan sebelum terlambat kerana stok adalah terhad!

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here