Saintis Barat Temui Cara Jadikan Organ Babi Sesuai Untuk Dipindahkan Kepada Manusia

Sumber : Harian Sehat

Dalam usaha untuk menjadikan organ babi sesuai digunakan oleh manusia, para saintis telah berjaya menemui cara untuk menyahaktifkan virus berbahaya di dalam organ babi. Ini adalah satu penemuan yang sangat penting dalam memastikan organ-organ babi selamat untuk dipindahkan kepada pesakit yang benar-benar memerlukan organ.


Jom Dapatkan Buku-buku Idaman Anda Di Daulah Online Bookstore, Kedai Buku Online Yang Menawarkan Harga Buku Termurah Di Malaysia!


Salah seorang daripada saintis yang terlibat termasuklah pakar genetik di Harvard Univesiti iaitu George Church. Menurut beliau, mereka menggunakan alat pengeditan genetik CRISPR-Cas9 yang berteknologi tinggi untuk tujuan tersebut. Jika anda masih ingat, teknologi ini pernah digunakan untuk mengklon ‘Dolly The Sheep’ bagi menghasilkan babi sihat yang dan tidak menyebarkan sebarang virus berbahaya.

Dolly the Sheep, Sumber foto : dolly.roslin.ed.ac.uk

Pada masa ini, dunia sedang menghadapi krisis kekurangan organ yang sangat kritikal. Di Amerika Syarikat sahaja, terdapat 120,000 pesakit yang sedang berada dalam senarai menunggu untuk proses penerimaan organ dan lebih daripada 20 orang mati setiap hari kerana ketiadaan penderma organ.

Sumber : huffingtonpost

Sudah berpuluh-puluh tahun lamanya para saintis berpendapat bahawa penggunaan organ haiwan adalah penyelesaian kepada masalah ini. Namun, pemindahan organ buah pinggang daripada ‘baboon’ ataupun jantung babi kepada manusia yang dipanggil xenotransplantation mempunyai pelbagai kesan buruk.


Jom Dapatkan Buku-buku Idaman Anda Di Daulah Online Bookstore, Kedai Buku Online Yang Menawarkan Harga Buku Termurah Di Malaysia!


Misalnya, sistem imunisasi manusia tidak dapat menerima organ haiwan dan seterusnya menjurus kepada kematian. Selain itu, genetik babi juga dipenuhi dengan virus berjangkit yang dikenali sebagai porcine endogenous retroviruses (PERVs). Virus PERVs ini berpotensi untuk menjangkiti manusia sekiranya organ babi dipindahkan kepada manusia dan boleh mengakibatkan tumor serta leukemia.

Sumber: Technology Vista

Pada tahun 2015, Church dan beberapa saintis lain yang terlibat dalam kajian terbaru ini mendapati bahawa mereka boleh menghapuskan semua salinan virus PERVs di dalam sel babi menggunakan CRISPR. Mereka menggunakan teknologi itu untuk mengedit gen virus di 25 bahagian dan menyahaktifkan PERVs supaya ianya tidak menjangkiti sel-sel yang lain. Seterusnya, mereka menggunakan sel-sel yang diedit itu untuk menghasilkan embryo dan kemudiannya ditumpangkan kedalam babi betina. Dengan cara itu, mereka mampu menghasilkan babi dengan virus PERVs yang tidak aktif dan tidak berbahaya.

Walaubagaimanapun, penemuan ini tidak bermakna organ babi sudah boleh digunakan untuk manusia untuk prosestransplant tetapi merupakan satu langkah kehadapan dalam memastikan teknologi tersebut boleh membuatkan organ haiwan sesuai untuk dipindahkan kepada manusia.


Jom Dapatkan Buku-buku Idaman Anda Di Daulah Online Bookstore, Kedai Buku Online Yang Menawarkan Harga Buku Termurah Di Malaysia!


Menurut Church lagi, kajian ini merupakan satu kajian yang cukup menarik dan berpotensi menyelamatkan beratus-ratus nyawa manusia dalam setahun. Beberapa ujian klinikal khusus untuk menguji organ-organ babi ini akan bermula dalam jangka masa 10 tahun. Misi pihak-pihak yang terlibat dalam penyelidikan ini adalah jelas, iaitu ingin menjadikan dunia bebas daripada masalah kekurangan organ.

 


Sumber : Alessandra Potenza, The Verge

Facebook Comments

Loading...