Meskipun langkahnya sangatlah mudah, Apple tetap berkeras untuk tidak memasang satu fungsi yang dipanggil Advanced Mobile Location (AML) pada sistem operasinya, iOS. Pesaing Apple iaitu Google telah memasang fungsi AML ini pada sistem operasi mereka iaitu Android dan terbukti telah banyak menyelamatkan nyawa.


Dapatkan Buku Best-Seller Di PBAKL17 Yang Lalu Dengan Harga Istimewa Hanya Di Daulah Online Bookstore!


Tatkala tahap keselamatan pengguna Android semakin bertambah dengan fungsi ini, pengguna iPhone pula dilihat ketinggalan di belakang.

Sumber : MacRumors

Apa itu AML ?

AML ataupun Advanced Mobile Location adalah satu teknik untuk mengesan kedudukan pemanggil ketika panggilan kecemasan dibuat. Pemasangan AML ini akan membolehkan servis kecemasan mengesan lokasi panggilan dengan tepat dan sekaligus akan menjimatkan masa yang sangat banyak untuk servis itu bertindak.

Mengapa AML Begitu Penting ?

Majoriti daripada panggilan kecemasan hari ini dibuat melalui telefon bimbit, yang membuatkan pengesanan lokasi menjadi sangat penting bagi servis kecemasan dan tindakan menyelamat dibuat. Terdapat banyak aplikasi lain bagi keadaan kecemasan yang sedang dibangunkan, namun kelebihan AML adalah ianya tidak memerlukan para penggunanya untuk memuat turun aplikasi ini. Pendek kata, proses aplikasi ini adalah sepenuhnya automatik.

Sumber : EENA

​Dengan AML, telefon pintar akan mendapat isyarat apabila panggilan kecemasan dibuat lalu menghidupkan sistem satelit navigasi global (GNSS) serta Wi-Fi. Telefon akan secara automatiknya menghantar SMS untuk servis kecemasan berpandukan lokasi pemanggil tersebut. Sistem AML ini adalah 4,000 kali lebih tepat berbanding sistem yang diguna pakai sekarang.


Dapatkan Buku Best-Seller Di PBAKL17 Yang Lalu Dengan Harga Istimewa Hanya Di Daulah Online Bookstore!


Kurangnya Respon Apple

Persatuan Nombor Kecemasan Eropah (EENA), satu organisasi yang mengendalikan pemasangan AML bagi servis kecemasan, mengeluarkan satu kenyataan yang memujuk Apple untuk mempertimbangkan keselamatan para penggunanya dan turut sama terlibat dalam pemasangan AML.

EENA seperti yang dilaporkan, telah menghubungi kedua-dua gergasi syarikat teknologi ini kira-kira 2 tahun yang lalu. Google dengan pantasnya menjalinkan kerjasama dengan EENA dan membenarkan ciri-ciri yang diperlukan untuk pemasangan AML itu lebih setahun yang lalu. Setelah respon yang pantas diberikan oleh Google, EENA telah meningkatkan usaha untuk memastikan Apple melakukan perkara yang sama namun Apple tetap dengan keputusan untuk tidak melaksanakannya.

​Dalam kenyataannya, EENA mengakui bahawa Apple telah membuat beberapa pembaharuan pada perantinya untuk meningkatkan tahap keselamatan para pengguna seperti fungsi SOS Apple Watch dan arahan panik bagi Iphone. EENA merasakan bahawa ini adalah langkah yang tepat, namun masih tidak mencukupi kerana informasi lokasi yang tepat haruslah dihantar ketika semua panggilan kecemasan dilakukan.

Sumber : iMore

Negara-negara yang sudah menggunakan AML seperti Sweden, Belgium dan Estonia ternyata sangat gembira dengan hasil penggunaan AML dan menegaskan kepada Apple betapa pentingnya syarikat itu untuk turut menggunakan AML.


Dapatkan Buku Best-Seller Di PBAKL17 Yang Lalu Dengan Harga Istimewa Hanya Di Daulah Online Bookstore!


Lithuania juga merupakan salah sebuah negara yang gembira menggunakan AML. Pada bulan Januari lepas, seorang budak lelaki 8 tahun di Lithuania berjaya menyelamatkan nyawa bapanya setelah mendapati bapanya berada dalam keadaan tidak sedarkan diri. Budak itu tidak mengetahui alamat rumahnya ketika dia membuat panggilan kecemasan, namun fungsi AML berjaya mengesan lokasi panggilan itu dibuat dan dapat menghantar pasukan penyelamat dengan cepat.

Dapat dianggarkan sekiranya sistem ini digunakan di Eropah, AML dapat menyelamatkan lebih daripada 7,500 nyawa dalam tempoh 10 tahun yang akan datang. Walaubagaimanapun, ianya bergantung kepada tahap kerjasama yang diberikan oleh syarikat-syarikat pengeluar sistem operasi.​

 


Sumber :

Mar Masson Maack, thenextweb.com

Apple

EENA

Facebook Comments

Loading...