Seperti yang kita tahu, Facebook dan rangkaian aplikasinya yang lain telah disekat di China sejak beberapa tahun yang lalu. Namun baru-baru ini, syarikat berkenaan telah menjumpai satu cara untuk menembusi jaringan keselamatan negara tersebut tanpa disedari. The New York Times melaporkan bahawa Facebook menyelinap masuk melalui sebuah aplikasi bernama ‘Colorful Balloons’ tanpa disedari sesiapa pun.


Beli buku idaman anda dengan harga serendah RM3 hanya di Daulah Online Bookstore


Facebook telah meluluskan pengeluaran aplikasi perkongsian gambar tersebut pada bulan Mei yang lalu dan dikeluarkan melalui sebuah syarikat tempatan iaitu Youge Internet Technology. Bagi kebanyakan orang luar, tidak ada ciri-ciri ataupun petunjuk bahawa aplikasi tersebut mempunyai sebarang kaitan dengan Facebook walaupun ianya kelihatan seakan-akan aplikasi Facebook’s Moments.

Walaubagaimanapun, ianya sangat mudah dikesan sebagai klon bagi Moments dan bukannya aplikasi rasmi Facebook. Perbezaan yang paling utama di antara Colorful Balloons dan Moments adalah Balloons menghubungkan para pengguna melalui WeChat manakalan Moments pula melalui Facebook.

Berhubung perkara ini, pihak Facebook tidak mahu mengesahkan perkara tersebut. Mereka memberitahu The New York Times bahawa mereka mempunyai minat yang sangat mendalam terhadap negara China. Pihak Facebook juga mengakui mereka menghabiskan banyak masa mempelajari dan memahami perkara-perkara yang berkaitan negara China dengan pelbagai cara.


Beli buku idaman anda dengan harga serendah RM3 hanya di Daulah Online Bookstore


Facebook seringkali menegaskan bahawa impian mereka untuk menghubungkan seluruh dunia melalui jaringan sosialnya itu tidak akan tercapai tanpa penglibatan China, negara yang mempunyai jumlah penduduk paling ramai di dunia. Dengan anggaran lebih 700 juta pengguna internet di China, memasuki pasaran China akan menjadi satu kejayaan yang besar buat Facebook baik dari segi bisnes mahupun penjenamaan.

Masih tidak dapat dipastikan sejauh manakah penglibatan Facebook di dalam pembangunan aplikasi tersebut, namun ianya sangat jelas bahawa syarikat ini memainkan peranan yang sangat besar.

Sumber : South China Morning Post

​Bukan sahaja Facebook, malah banyak lagi syarikat-syarikat Amerika yang lain tidak dibenarkan memasuki China seperti Google, YouTube dan Twitter. Facebook telah disekat di China bermula pada tahun 2009, diikuti dengan Instagram pada 2014 dan sebahagian daripada WhatsApp pada bulan lepas. Justeru, aplikasi Colorful Balloons ini mungkin salah satu cara yang digunakan Facebook untuk memahami pasaran di China dengan lebih jelas.


Beli buku idaman anda dengan harga serendah RM3 hanya di Daulah Online Bookstore


Walaupun pemiliknya, Mark Zuckerberg seringkali mengadakan lawatan ke China bagi memperbaiki hubungan dengan negara tersebut, namun kemungkinan rangkaian sosial Facebook akan dibenarkan di China adalah sangat tipis dan mungkin tiada. Beliau telah melakukan banyak cara untuk memikat hati China termasuklah bertemu dengan Presiden China, Xi Jinping serta menayangkan gambar beliau berjoging di Tiananmen Square.

Pertemuan Mark Zuckerberg dengan Presiden China, Xi Jinping. Sumber foto : Ted S. Warren
Sumber foto : Agence France-Presse

Apa-apapun, penyelinapan melalui aplikasi Colorful Balloons ini memberi kita petunjuk bahawa Facebook mungkin akan mencuba bermacam-macam lagi cara pada masa yang akan datang.  ​

 


Sumber :

Napier Lopez, thenextweb.com

The New York Times

 

Facebook Comments

Loading...