Islamic State atau lebih dikenali sebagai ISIS didakwa menggunakan transaksi palsu di dalam laman eBay dan PayPal untuk menyalurkan wang kepada operasi mereka di Amerika Syarikat, menurut laporan daripada The Wall Street Journal.


Jom Dapatkan Buku-buku Idaman Anda Di Daulah Online Bookstore, Kedai Buku Online Yang Menawarkan Harga Buku Termurah Di Malaysia!


Individu yang didapati menerima wang tersebut adalah seorang warganegara Amerika bernama Mohamed Elshinawy yang telah diberkas di Maryland pada tahun lepas. FBI mendapati bahawa Elshinawy pada awal usia 30-annya, telah menjual pencetak komputer di eBay sebagai bayaran pendahuluan untuk menerima bayaran melalui PayPal.

Rangkaian pengganas ISIS

Menurut kenyataan bertulis FBI baru-baru ini, Elshinawy adalah sebahagian daripada rangkaian di seluruh dunia yang menggunakan saluran sedemikian untuk membiayai ISIS. Elshinawy telah menerima $8,700 daripada ISIS menerusi lima pembayaran yang dibuat melalui PayPal daripada pegawai kanan ISIS iaitu Siful Sujan melalui syarikat teknologi beliau.

Dana-dana tersebut digunakan untuk membeli laptop, telefon bimbit dan juga VPN bagi berkomunikasi dengan IS, merujuk kepada kenyataan bertulis tersebut. Sujan walaubagaimanapun telah terbunuh dalam serangan drone pada tahun 2015.

Pegawai kanan ISIS yang terbunuh, Siful Sujan

Jom Dapatkan Buku-buku Idaman Anda Di Daulah Online Bookstore, Kedai Buku Online Yang Menawarkan Harga Buku Termurah Di Malaysia!


Berhubung perkara ini, jurucakap eBay memaklumkan kepada The Wall Street Journal bahawa organisasi itu tidak akan bertoleransi dengan sebarang aktiviti jenayah yang berlaku di laman mereka. Mereka akan memberikan kerjasama yang sepenuhnya bagi membantu pihak berkuasa. Manakala, jurucakap PayPal turut memberitahu bahawa syarikatnya itu akan mengambil langkah yang sewajarnya dalam menyekat sebarang aktiviti pengganas di platform mereka.

Elshinawy telah mengaku tidak bersalah di atas tuduhan dirinya menyokong ISIS, namun barisan pendakwa raya mendakwa wang yang diterimanya itu adalah berkemungkinan digunakan untuk serangan keganasan di Amerika Syarikat. Elshinawy juga mengaku bahawa dia tidak merancang untuk melakukan serangan, dan kini dia sedang menunggu untuk perbicaraannya.​

 


Sumber :

The Verge

Facebook Comments

Loading...