Di sebelah kiri, CEO CapitaLand Mall Asia Jason Leow, dan Alexis Lanternier (kanan) CEO Lazada Singapura. Kredit foto: CapitaLand

CapitaLand Singapura, salah satu syarikat hartanah terbesar di Asia, mengumumkan pakatan strategik dengan Alibaba pada hari ini. Syarikat itu akan mengendalikan ibu pejabat syarikat e-dagang gergasi di Shanghai iaitu Alibaba Group Holding Ltd.

Di samping itu, CapitaLand akan membuka kedai eksklusif pertama di Singapura dalam platform online Lazada. Dua lokasi klik dan kumpul juga akan ditubuhkan di bandar, di mana pembeli boleh mengambil dan mengembalikan penghantaran yang dibeli secara dalam talian melalui Lazada.

Sumber foto : Reuters

Perjanjian yang dimeterai oleh CapitaLand, yang juga salah satu nama besar dalam sektor pusat membeli-belah Asia ini jelas menunjukkan bagaimana syarikat-syarikat di luar sana sedang cuba untuk menjalinkan rangkaian di antara kandungan dalam talian dan juga di luar talian. Alibaba, yang kini sedang melebarkan sayapnya di Asia Tenggara,  merupakan syarikat yang mengawal sektor peruncitan dan pasaran dalam talian menerusi platfrom Lazada.

BACA JUGA :   Wanita Besi China, Lucy Peng Kini Dilantik Menjadi CEO Lazada Yang Baru
Sumber foto : Beverlys.net

“Kunci untuk mengukuhkan pertumbuhan ke tahap seterusnya adalah dengan menggabungkan saluran fizikal dan digital bagi mewujudkan kuasa beli dalam talian dan luar talian (Online & Offline) yang lancar dalam kalangan para pengguna,” ujar CEO CapitaLand, Lim Ming Yan

“Model perniagaan yang berpegang  pada salah satu di antara offline dan online semata-mata tidak akan berfungsi. Sebaliknya, gabungan di antara kedua-dua  O & O inilah yang akan menghasilkan kejayaan jangka panjang” tambah CEO itu.

Di bawah kontrak dengan Alibaba, CapitaLand akan mengendalikan pra-pembukaan dan pengurusan platform membeli-belah itu yang dijangka dibuka pada tahun hadapan.

Mengapa Perjanjian Ini Begitu Penting ?

Alibaba merupakan pemegang saham terbesar Lazada. Pada bulan Januari, syarikat milik Jack Ma ini telah melabur lebih dari AS $ 2 bilion ke dalam Lazada, menjadikan Alibaba memegang 83 peratus pemilikan dalam tapak e-dagang terbesar Asia Tenggara itu.

BACA JUGA :   Rahsia Kejayaan Menjadi Billionaire, Jack Ma Dedah Cara Ubah Mindset Anda Untuk Berjaya Dalam Bisnes Dengan Buku Ini
Jack Ma, pemilik Alibaba

Syarikat China ini terus berusaha untuk memperkukuhkan kedudukannya dalam landskap e-dagang Asia Tenggara. Pada awal bulan ini, Alibaba juga melaburkan AS $ 1.1 bilion ke dalam Tokopedia, laman e-dagang utama di Indonesia.

Dengan perjanjian yang dimeterai dengan CapitaLand ini, Jack Ma hanya tinggal beberapa langkah sahaja lagi untuk menakluki seluruh sektor peruncitan e-dagang di Asia Tenggara.


Sumber :

 , Tech in Asia

NYtimes

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here