​Syarikat gergasi e-dagang China, Alibaba meneruskan usahanya untuk mengembangkan sayap di Asia Tenggara dengan menyuntik pelaburan sebanyak $1.1 bilion di Tokopedia, sebuah firma e-dagang di Indonesia. Nilai sebenar perjanjian itu tidak didedahkan, namun Tokopedia mengesahkan bahawa pelaburan itu telah meletakkan Alibaba sebagai pemegang saham minoriti di syarikat tersebut.   ​


Beli buku idaman anda dengan harga serendah RM3 hanya di Daulah Online Bookstore


Sebelum ini, Tokopedia yang berpangkalan di Jakarta tersebut telah berjaya mengumpul dana berjumlah $ 247.7 juta, dengan pelabur-pelabur termasuklah Softbank dan Sequoia Capital. Pada bulan Mei yang lalu, pesaing ketat Alibaba iaitu JD.com juga dikhabarkan ingin melabur jutaan dolar dalam Tokopedia.


Beli buku idaman anda dengan harga serendah RM3 hanya di Daulah Online Bookstore


Sebelum menyuntik pelaburan kepada Tokopedia, Alibaba yang dimiliki oleh Jack Ma juga telah melabur dalam laman e-dagang Lazada Group SA yang berpusat di Singapura yang membolehkan Alibaba menguasai 83 % peratus saham di Lazada.

Sumber foto : Vulcan Post

Justeru, pelaburan ini adalah langkah terbaru Alibaba dalam mengembangkan perniagaan runcit atas taliannya di rantau Asia Tenggara.

Lazada itu sendiri meliputi enam negara iaitu Indonesia, Malaysia, Filipina, SIngapura, Thailand serta Vietnam. Lazada mempunyai berpuluh-puluh gudang dan pusat pengedaran yang menghantar barang secara langsung kepada para pembeli.

BACA JUGA :   Toys "R" Us Bankrap : Ini Akibatnya Jika Bisnes Gagal Bersaing Secara Online

Beli buku idaman anda dengan harga serendah RM3 hanya di Daulah Online Bookstore


Pada bulan Jun yang lalu, Alibaba mengumumkan rancangan untuk memasarkan barang-barangan China ke luar negara. Syarikat tersebut melancarkan laman “Koleksi Taobao” di platform Lazada bagi membantu vendor-vendor dari China menjual barang mereka di Malaysia dan Singapura. Pada hujung tahun ini, laman tersebut akan turut dibuka di Indonesia, Filipina dan Thailand.

Tokopedia diasaskan pada 2009 dan mengendalikan pasaran yang membolehkan peruncit kecil dan berjenama besar untuk menjual produk mereka kepada pengguna di Indonesia. Syarikat itu sebelum ini meraih $ 100 juta daripada SoftBank dan Sequoia pada tahun 2014, termasuklah Partners Venture Timur, CyberAgent dan Beenos sebagai pendukung kewangan pada awalnya.

Sumber foto : Andre Gunawan, Tech in Asia

Dalam satu pengumuman, Tokopedia menjelaskan bahawa, “Kerjasama dengan Alibaba akan meningkatkan skala dan kualiti penawaran Tokopedia kepada para pelanggannya sekaligus memudahkan para pedagang dan rakan kongsi untuk menjalankan perniagaan di seluruh rantau nusantara itu”.

BACA JUGA :   Rahsia Kejayaan Menjadi Billionaire, Jack Ma Dedah Cara Ubah Mindset Anda Untuk Berjaya Dalam Bisnes Dengan Buku Ini

Penduduk-penduduk di Asia Tenggara mempunyai kuasa beli yang sangat tinggi. Menurut syarikat pelaburan Temasek, size market e-dagang di rantau itu akan mencecah $ 88 bilion pada tahun 2025 dan 52 % daripada jumlah itu datang dari Indonesia.

Sumber foto : AACCWinsconsin

Indonesia, yang merupakan negara keempat terbesar di dunia seringkali dianggap sebagai pasaran yang menjanjikan pulangan paling tinggi di rantau ini.


Beli buku idaman anda dengan harga serendah RM3 hanya di Daulah Online Bookstore


Lazada dijangka menerima saingan yang cukup sengit daripada pesaing utama China, JD.com dan juga Amazon dari Amerika. Asia Tenggara kini menjadi medan ‘panas’ dengan statusnya sebagai arena perkembangan internet terpantas di dunia, dengan populasi lebih 600 juta penduduk yang semakin menunjukkan minat dalam pembelian dan pembayaran produk atas talian.

Sumber foto : South China Morning Post

​Apa-apapun, bagaimana untuk menghantar barangan kepada prospek pengguna yang tinggal di kawasan lebih daripada 900 buah pulau ini masih menjadi cabaran utama kepada peruncit atas talian di Indonesia.

Sumber foto : Indonesia Wanderlust


Sumber :

Tech Crunch

Tech in Asia

China Daily

Bloomberg

The Paypers

Facebook Comments