Sumber foto : Distinguished Magazine

AMAZON KINI JEJAKKAN KAKI DI ASIA TENGGARA

Baru-baru ini, syarikat e-dagang terkemuka dunia iaitu Amazon telah melancarkan servis penghantaran dua jam Prime Now di Singapura, salah satu kubu terkuat pesaing mereka di Asia Tenggara iaitu Lazada yang dimiliki oleh Alibaba.

Dengan servis Prime Now ini, para pengguna yang membuat pembelian di bawah $29.43 perlu membayar caj penghantaran sebanyak $5.88. Tetapi, pengguna yang membeli lebih daripada $29.48 akan diberi servis penghantaran percuma yang akan tiba di depan pintu rumah mereka kurang dari masa 2 jam. Terdapat beribu-ribu produk yang boleh dibeli termasuklah barangan dapur, perkakas elektronik dan banyak lagi.

Dilancarkan pada 2014, Prime Now kini terdapat di lebih 50 bandar besar dan di 9 negara.

 

SINGAPURA SEBAGAI MEDAN UJIAN

Amazon sudahpun mendominasi pasaran mereka di India dan Jepun, namun tidak dapat dinafikan rantau Asia Tenggara merupakan medan paling bernilai bagi mana-mana syarikat e-dagang.


Kunjungi Daulah Online Bookstore, Kedai Buku Online Yang Menawarkan Harga Buku Termurah Di Malaysia!


Meskipun begitu, situasi pasaran di Asia Tenggara mempunyai banyak pecahan termasuklah budaya, bahasa dan juga sistem yang berbeza. Justeru, Singapura boleh dilihat sebagai satu medan bagi Amazon untuk test power mereka di rantau ini kerana Singapura mempunyai penduduk kaya-raya serta infrastruktur yang maju.

Asia Tenggara sekarang ini adalah lubuk emas yang sedang hangat direbut oleh syarikat-syarikat gergasi e-dagang di luar sana. Mana tidaknya, rantau ini mempunyai potensi market yang besar dengan jumlah penduduk seramai 600 juta orang. Ramai pakar menganggarkan rantau ini boleh memberikan pulangan kira-kira $70 bilion untuk pasaran runcit atas talian tersebut.

BACA JUGA :   Kerajaan Tangguh Eksport Telur Ayam Ke Singapura Buat Sementara Waktu.

 

PERANG DINGIN AMAZON DAN ALIBABA

Amazon ternyata sangat terdesak untuk melebarkan sayapnya di Asia Tenggara tatkala syarikat itu tewas dalam persaingan dengan Alibaba dalam mendominasi pasaran China, negara yang mempunyai penduduk paling ramai di dunia. Ini telah mendorong Amazon untuk mengalihkan tumpuan mereka kepada India, negara yang mempunyai 1.3 bilion penduduk.

Di India, Amazon berkembang dengan sungguh pesat meskipun terpaksa bersaing dengan pesaing tempatan, Flipkart di sana.

Asia Tenggara mempunyai pesaing tempatan yang besar di setiap pasaran, ditambah dengan Lazada di lima pasaran. Tuntasnya, Amazon tiada pilihan selain daripada mula menjejakkan kaki ke rantau ini bagi mencabar dominasi Lazada yang dimiliki oleh Alibaba. Seperti yang diperkatakan tadi, Singapura adalah nadi bagi Amazon dan Alibaba kerana negaranya yang kaya dan termoden di Asia Tenggara.

Dominasi Lazada di Asia Tenggara

Alibaba juga tidak duduk goyang kaki, syarikat ini sudah menjangkakan saingan yang bakal diberikan Amazon. Pada bulan Jun yang lalu, Alibaba telah membeli majoriti saham bernilai $1 bilion dalam Lazada. Sejurus selepas itu, Alibaba juga membeli Redmart, sebuah syarikat tempatan yang membekalkan barangan dapur atas talian.

BACA JUGA :   7 Kedai Makanan Halal Di Singapura Yang Patut Anda Kunjungi
Pemilik Alibaba, Jack Ma

Dari perspektif yang berbeza, kemasukan Amazon ke Asia Tenggara ini akan menjadi satu wake-up call kepada pembekal barangan runcit dan e-dagang di seluruh rantau ini. Amazon merupakan satu syarikat yang cukup terkenal di serata dunia malah turut mempunyai ramai pelanggan tetap yang membeli dari luar negara. Meskipun kemasukannya agak lambat, namun persaingan antara Amazon dan Alibaba tetap akan menjadi sungguh sengit.


Kunjungi Daulah Online Bookstore, Kedai Buku Online Yang Menawarkan Harga Buku Termurah Di Malaysia!


Dahulunya, Asia Tenggara tidaklah begitu bernilai seperti sekarang. Kini, ianya telah menjadi satu market yang menjanjikan kadar pertumbuhan tinggi pada masa hadapan. Satu kajian bersama yang dijalankan oleh Temasek Holdings dan Google menganggarkan pasaran e-dagang di Asia Tenggara hanya bernilai $7 bilion pada 2016 namun dijangka akan mencapai $22 bilion pada tahun 2020 dan $88 bilion pada 2025. Jumlah ini melebihi berbelas-belas kali ganda dalam tempoh satu dekad.

Saiz market e-dagang di Asia Tenggara. Sumber foto : Business Insider

Apa-apapun, yang akan tersenyum pastinya para pengguna kerana pengguna lah yang akan mendapat paling banyak manfaat daripada ‘perang’ Amazon dan Alibaba ini. Kedua-dua syarikat ini pastinya akan berlumba-lumba menawarkan harga terendah kepada para pembeli. Semakin sengit persaingan, semakin tersenyum lebar lah pembeli.


Sumber :

The Street 

The Drum

BBC 

Asian Nikkei Review 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here