Sumber foto : Elle UK

GIGI HADID DIBOIKOT PARA PEMINAT  DI CHINA

Baru-baru ini, model terkemuka iaitu Gigi Hadid telah mengumumkan di laman Twitter dan Instagramnya bahawa beliau akan menghadiri pertunjukan fesyen Victoria’s Secret (Victoria’s Secret fashion show) yang akan diadakan di Shanghai pada bulan November ini.

Status yang dikeluarkan Gigi Hadid itu ternyata mencetuskan kemarahan rakyat China. Beratus-ratus ribu pengguna laman sosial kemudiannya menyerang Gigi dengan meninggalkan komen-komen yang tidak membenarkan model itu datang ke China.

 

PUNCA KEMARAHAN

Tidak lain tidak bukan, punca kemarahan rakyat China adalah gara-gara sebuah video yang dikeluarkan oleh adik Gigi, Bella Hadid pada awal bulan Februari tahun ini.

Dalam video tersebut, kelihatan Gigi dan beberapa orang rakan sedang menikmati hidangan di sebuah restoran. Gigi kemudiannya memegang satu kuih berbentuk patung Buddha dan melalukan mimik muka bermata sepet di dalam video itu.

BACA JUGA :   Lelaki Ini Sanggup Berjalan 40 KM Untuk Membeli Baju Baru Buat Isterinya
Tindakan Gigi yang membuat mimik mata sepet.

Tindakan tersebut disifatkan sebagai racist dan mendapat respon negatif daripada rakyat China yang menganggap Gigi sebagai menghina wajah masyarakat China dan penduduk Asia secara umumnya.

Lebih parah, Gigi langsung tidak membuat sebarang permohonan maaf selepas video itu dikeluarkan walaupun video itu kemudiannya telah dipadamkan oleh Bella. Sikap Gigi yang tidak menjaga sensitiviti itu mengundang rakyat China untuk berterusan memboikotnya.

PERMOHONAN MAAF GIGI HADID TIDAK DITERIMA

Setelah menerima ribuan komen berunsur marah dan boikot, Gigi akhirnya mengeluarkan permohonan maaf di dalam sebuah platform media sosial China. Di laman Weibo, Gigi menulis bahawa beliau sedar akan kesalahan yang telah dilakukannya dan tindakannya itu tidak beniat sama sekali untuk menghina orang China.

Permohonan maaf Gigi Hadid di laman Weibo. Sumber foto : Shanghaiist

Walaubagaimanapun, permohonan maaf itu sudah terlambat tatkala kebencian para peminat terhadap model itu makin memuncak. Kira-kira 150,000 komen daripada para peminat mempersoalkan ketulusan Gigi dalam meminta maaf. Komen-komen yang dilontarkan juga banyak mengandungi emoji ular dan ayam seakan-akan menunjukkan bahawa Gigi masih hipokrit dan hanya meminta maaf kerana ingin menghadiri pertunjukan fesyen show Victoria’s Secret semata-mata.

BACA JUGA :   Acara Maraton Bertukar Tragedi di China

Pertunjukan fesyen Victoria’s Secret yang diadakan setiap tahun merupakan acara berprestij dan merupakan pertunjukan yang mendapat jumlah tontonan paling banyak di dunia. Pada tahun lepas, pertunjukan tersebut diadakan di Paris dan mendapat 1.4 bilion jumlah tontonan di lebih dari 190 buah negara.

Apa-apapun, dinasihatkan kepada semua artis di luar sana supaya sentiasa menjaga sensitiviti dan berhati-hati dalam mengeluarkan sebarang video di laman sosial.

 


Sumber :

Daily Mail UK

BuzzFeed

News Australia

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here