Sumber foto ; Khaleej Times

Suu Kyi Terus Membisu  Dan Memekakkan Telinga Berhubung Isu Rohingya

Ketika saat ini, pemimpin de facto Myanmar iaitu Aung San Suu Kyi masih berpeluk tubuh dan tidak mengambil apa-apa tindakan bagi menghentikan keganasan tidak berperikemanusiaan yang berlaku di negaranya sendiri.

Sejak 2 minggu lepas, tentera Myanmar pimpinan beliau telah menyerang kaum Muslim Rohingya di Rakhine. Mengikut laporan, kaum Rohingya telah diseksa dan dibunuh beramai-ramai termasuklah wanita dan kanak-kanak. Tidak cukup dengan itu, mereka turut dirogol dan dibakar.

Penduduk minoriti Rohingya terus menderita

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres menyifatkan kekejaman ini adalah satu bentuk penghapusan etnik.


Kunjungi Daulah Online Bookstore, Kedai Buku Online Yang Menawarkan Harga Buku Termurah Di Malaysia!


Meskipun seluruh dunia mengecam keganasan yang dilakukan Myanmar, Suu Kyi masih mahu menuding jari kepada kumpulan pengganas Rohingya dan menegaskan bahawa kontroversi ini berpunca daripada kesalahan maklumat yang diterima oleh orang ramai.

Pemimpin de facto Myanmar, Aung San Suu Kyi

Ternyata Suu Kyi telah menunjukkan belangnya yang sebenar. Sebelum  ini, beliau sangat dikenali sebagai seorang tokoh keamanan yang penyayang dan begitu berdiplomasi dalam memperjuangkan demokrasi di Myanmar. Kini, semua itu hanya tinggal sejarah.

Daulah.com

 

Adakah Suu Kyi Anti-Islam ?

Pemimpin Burma itu turut dikecam kerana mengeluarkan kata-kata berbaur Islamofobia dalam satu temu ramah bersama Mishal Husain daripada BBC.

Setelah diajukan soalan mengenai layanan negaranya terhadap kaum Rohingya, Suu Kyi mengeluarkan kenyataan ini selepas sesi tersebut :

“Tiada siapa memberitahu saya bahawa saya akan ditemuramah oleh seorang Muslim!”

Temu ramah Mishal Husain (kanan) bersama Suu Kyi. Sumber foto : BBC

Kata-kata yang keluar daripada mulut seorang heroin demokrasi itu membuatkan ramai yang marah dan kecewa. Ini sekaligus memusnahkan kepercayaan orang ramai bahawa Suu Kyi akan membela nasib penduduk Rohingya yang sudah lama ditindas.

Sebagai seorang penerima Anugerah Nobel Keamanan, kenyataan berunsur perkauman itu seolah-olah memberi petunjuk bahawa nilai keamanan hanyalah palsu. Ternyata betul apa yang dijangkakan, Suu Kyi bukanlah ‘pejuang’ sebenar yang diharapkan.

 

Petisyen Menarik Balik Anugerah Nobel Keamanan

Lebih daripada 380,000 orang telah menandatangani satu petisyen untuk mendesak supaya Jawatankuasa Nobel menarik balik anugerah tersebut berikutan kekejaman yang semakin mencanak terhadap kaum minoriti Muslim Rohingya di wilayah Rakhine, Myanmar.

Sumber foto : USA Extra News

Petisyen tersebut menegaskan bahawa Nobel Keamanan hanya layak diberikan kepada tokoh yang berjuang habis-habisan dalam membela nasib manusia walaupun berbeza bangsa, agama dan warna kulit.

Pautan kepada petisyen itu boleh dilayari di LINK ini.

Tegas petisyen itu lagi, nilai-nilai keamanan haruslah disemai oleh penerima anugerah tersebut sampai bila bila. Sekiranya seseorang tokoh gagal mengekalkan keamanan, maka wajarlah anugerah itu ditarik balik.

Sumber foto : Sputnik International

Suu Kyi menerima Anugerah Nobel Keamanan pada tahun 1991 kerana perjuangannya menentang kekejaman diktator kerajaan junta tentera yang memimpin Myanmar pada waktu itu. Kerana perjuangannya itu, Suu Kyi telah menjadi tahanan politik selama 15 tahun dan kemudiannya dibebaskan pada tahun 2010.

Beliau menerima Anugerah Nobel Keamanan pada tahun 1991.

Dalam ucapan Nobel pada tahun 1991, Suu Kyi pernah berkata bahawa :

“Apabila penderitaan itu tidak dipedulikan, akan tumbuhlah benih-benih konflik yang akan menjadikan penderitaan semakin pahit dan pedih”.

Nampaknya, ucapan ‘pejuang keamanan’ itu boleh diibaratkan seperti cakap tak serupa bikin. Beliau bukan sahaja tidak mempedulikan kesengsaraan kaum Rohingya, malah menyokong tindakan keganasan terhadap mereka.

Konklusinya, semua pihak haruslah duduk semeja dalam mencari penyelesaian bagi konflik ini. Seperti yang selalu ditegaskan, ini adalah bukan lagi isu agama atau warna kulit, tetapi polemik kekejaman yang sungguh keji.


Kunjungi Daulah Online Bookstore, Kedai Buku Online Yang Menawarkan Harga Buku Termurah Di Malaysia!


Sumber :

Change.org
RT.com
Khaleej Times
The Independent

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here